Islamabad sahkan AS, Iran bertukar mesej melalui Pakistan mengenai konflik Asia Barat

Islamabad sahkan AS, Iran bertukar mesej melalui Pakistan mengenai konflik Asia Barat | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Dunia Islamabad sahkan AS, Iran bertukar mesej melalui Pakistan mengenai konflik Asia Barat Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Ops Khas Motosikal HRA 2026: JPJ WPKL periksa 9,542 kenderaan, sita 66 motosikal Advertisement Dunia Islamabad sahkan AS, Iran bertukar mesej melalui Pakistan mengenai konflik Asia Barat Bernama 27/03/2026 | 00:02 MYT Sumber juga menyatakan bahawa Islamabad menjangkakan ketibaan delegasi AS, namun memaklumkan bahawa Tehran masih berwaspada berikutan faktor ketidakpercayaan. ISTANBUL: Pakistan pada Khamis mengesahkan peranan langsungnya dalam menyampaikan mesej antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran ke arah menamatkan peperangan di Asia Barat, lapor Anadolu Ajansi (AA).”Terdapat spekulasi yang tidak perlu dalam media berhubung rundingan damai untuk menamatkan konflik yang sedang berlaku di Asia Barat.Advertisement “Hakikatnya, rundingan tidak langsung AS-Iran sedang berlangsung melalui mesej yang disampaikan oleh Pakistan,” kata Menteri Luar Ishaq Dar menerusi hantaran di laman X. Beliau turut mengesahkan bahawa AS telah berkongsi 15 perkara yang kini “sedang dipertimbangkan oleh Iran.”Kenyataan itu dibuat ketika sumber di Islamabad memberitahu Anadolu bahawa minggu ini adalah sangat kritikal bagi sebarang kemungkinan kejayaan dalam rundingan antara Washington dan Tehran.Sumber itu juga menyatakan bahawa Islamabad menjangkakan ketibaan delegasi AS, namun memaklumkan bahawa Tehran masih berwaspada berikutan faktor ketidakpercayaan.Dar turut memuji peranan “Turkiye dan Mesir, antara lain” yang “memberikan sokongan padu terhadap inisiatif ini.””Pakistan kekal komited sepenuhnya untuk mempromosikan keamanan dan terus melakukan segala usaha bagi memastikan kestabilan di rantau ini dan seterusnya,” kata Dar sambil menegaskan: “Dialog dan Diplomasi adalah satu-satunya jalan penyelesaian!”Seluruh rantau itu berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Februari lepas, yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.Tehran telah bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, selain Jordan, Iraq, dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS, sehingga mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerosakan infrastruktur selain mengganggu pasaran global dan sektor penerbangan.– BERNAMA-ANADOLU Topic Berkaitan #Pakistan #rundingan #Iran #AS-Israel #Asia Barat #konflik Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Islamabad sahkan AS, Iran bertukar mesej melalui Pakistan mengenai konflik Asia Barat 30 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 33 minutes ago Malaysia Ops Khas Motosikal HRA 2026: JPJ WPKL periksa 9,542 kenderaan, sita 66 motosikal 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Esok Trump berdamai dengan Iran, harga minyak masih melambung? Ini penjelasan Pengarah Strategi KRA 1 hour ago Malaysia Konflik Asia Barat: Wajarkah harga RON95 bersubsidi dinaikkan kepada RM2.05? Ini penjelasan penganalisis 1 hour ago Malaysia Luqman Hakim enggan sia-siakan peluang jika diturunkan lawan Vietnam 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *