AS jangka tamat operasi ketenteraan di Iran dalam tempoh beberapa minggu – Rubio | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Dunia 10 tentera AS cedera dalam serangan Iran di pangkalan udara Arab Saudi Dunia PBB desak AS dedah siasatan insiden serangan sekolah Iran Dunia Tiada pembekuan harga walaupun darurat tenaga nasional diisytihar di Filipina Advertisement Dunia AS jangka tamat operasi ketenteraan di Iran dalam tempoh beberapa minggu – Rubio Agensi 28/03/2026 | 07:00 MYT Rubio berkata AS masih menunggu penjelasan lanjut mengenai siapa yang mewakili Iran, isu yang perlu dibincangkan dan bila rundingan boleh dimulakan. – Gambar/ Reuters WASHINGTON menjangka menamatkan operasi ketenteraannya di Iran “dalam beberapa minggu akan datang”, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio.Beliau menyatakan objektif kempen itu mengikut perancangan, selepas menghadiri mesyuarat Menteri Luar G7 di Perancis, lapor BBC.Advertisement Rubio turut merujuk kenyataan Presiden Donald Trump bahawa Iran mahukan rundingan damai – sesuatu yang dinafikan oleh Tehran – sambil menjelaskan terdapat pertukaran mesej namun masih tidak jelas siapa yang mewakili Iran ketika ini. Beberapa pemimpin tertinggi republik itu telah terbunuh sejak AS dan Israel melancarkan perang pada 28 Februari.Menurut Rubio, AS kini menghantar lebih banyak tentera ke rantau berkenaan bagi memberikan “pilihan tambahan” kepada presiden. Trump dan pegawai kanan beliau sebelum ini menjangka operasi di Iran akan berlangsung antara empat hingga tujuh minggu, dan kenyataan Rubio bahawa perang akan tamat “dalam minggu, bukan bulan” selari dengan tempoh tersebut.Media Israel sebelum ini melaporkan bahawa Trump telah menyampaikan pelan 15 perkara kepada Iran melalui Pakistan bagi menamatkan perang, namun Rumah Putih tidak mengesahkan kandungannya. Rubio berkata AS masih menunggu penjelasan lanjut mengenai siapa yang mewakili Iran, isu yang perlu dibincangkan dan bila rundingan boleh dimulakan.Trump turut mengesahkan beliau menangguhkan serangan ke atas loji tenaga Iran untuk memberi ruang kepada rundingan. Namun pada Jumaat, Iran menuduh Israel menyerang beberapa kemudahan nuklear serta dua kilang keluli terbesar negara itu. Menteri Luar Abbas Araghchi memberi amaran bahawa Israel akan “membayar harga yang berat”.Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) pula mengumumkan akan membalas dengan menyasarkan infrastruktur industri yang mempunyai kaitan dengan AS atau Israel.Ketegangan meningkat apabila Iran menutup Selat Hormuz dan mengenakan bayaran terhadap kapal yang mahu laluan selamat, menurut laporan yang dipetik Rubio.Selat Hormuz merupakan laluan penting yang menampung kira-kira 20 peratus minyak dan gas asli cecair dunia. Penutupannya menyebabkan harga minyak melonjak dan menimbulkan kebimbangan bahawa sekatan berpanjangan boleh menjejaskan ekonomi global. Sebahagian besar negara G7 – yang juga anggota NATO kecuali Jepun – enggan memenuhi permintaan Trump untuk menghantar kapal perang mengiringi kapal dagang.Selepas mesyuarat G7 di Perancis, Rubio berkata United Kingdom kini mengetuai usaha membentuk pakatan antarabangsa bagi memastikan Selat Hormuz kekal dibuka selepas perang tamat. Beliau turut mengingatkan bahawa sekiranya ancaman Iran menjadi kenyataan, negara-negara sekutu AS akan lebih terjejas berbanding Washington.Dalam kenyataan bersama, G7 menggesa “penghentian segera serangan terhadap orang awam dan infrastruktur awam”, serta menegaskan tiada justifikasi bagi serangan terhadap fasiliti diplomatik. Topic Berkaitan #Perang Iran-Israel 2026 #Konflik Timur Tengah Terkini #konflik Asia Barat #Marco Rubio Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia 10 tentera AS cedera dalam serangan Iran di pangkalan udara Arab Saudi few seconds ago Dunia PBB desak AS dedah siasatan insiden serangan sekolah Iran 13 minutes ago Dunia Tiada pembekuan harga walaupun darurat tenaga nasional diisytihar di Filipina 33 minutes ago Dunia Harga bahan api ASEAN berbeza susulan tekanan harga minyak global 54 minutes ago Dunia Australia pesan bekalan bahan api kecemasan dari AS buat pertama kali dalam beberapa dekad 1 hour ago Dunia EU tekan usaha diplomatik selesai sekatan Selat Hormuz, ketenteraan bukan pilihan – Kallas 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
AS jangka tamat operasi ketenteraan di Iran dalam tempoh beberapa minggu – Rubio
