Tidak perlu tubuhkan Bursa Malaysia RegSub – SC

Tidak perlu tubuhkan Bursa Malaysia RegSub – SC | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Dunia 10 tentera AS cedera dalam serangan Iran di pangkalan udara Arab Saudi Dunia PBB desak AS dedah siasatan insiden serangan sekolah Iran Dunia Tiada pembekuan harga walaupun darurat tenaga nasional diisytihar di Filipina Advertisement Bisnes Tidak perlu tubuhkan Bursa Malaysia RegSub – SC Bernama 28/03/2026 | 07:15 MYT Bursa Malaysia memaklumkan telah menerima surat daripada SC bertarikh 19 Mac 2026 untuk tidak meneruskan cadangan penubuhan Bursa Malaysia RegSub. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memutuskan bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk meneruskan cadangan undang-undang bagi menubuhkan anak syarikat Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia RegSub) untuk mengambil alih fungsi pengawalseliaan yang kini dijalankan syarikat induk bursa itu.Bursa Malaysia dalam kenyataan di laman webnya pada Jumaat memaklumkan telah menerima surat daripada SC bertarikh 19 Mac 2026 untuk tidak meneruskan cadangan penubuhan Bursa Malaysia RegSub.Advertisement Cadangan berkenaan pertama kali diumumkan pada 25 Feb 2020 untuk memperkukuh rangka kerja tadbir urus konflik kepentingan (COI) kumpulan dengan penentuan yang lebih jelas mengenai fungsi pengawalseliaan dan operasi komersial berikutan peranan Bursa Malaysia sebagai operator pasaran, pengawal selia dan syarikat yang disenaraikan di bursa sendiri.SC dalam surat itu memaklumkan, selepas pengumuman itu, Bursa Malaysia telah memperkukuh rangka kerja COI dengan menyenaraikan antara lain, cadangan berkaitan Bursa Malaysia RegSub dalam model tadbir urusnya.“Berdasarkan penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh Bursa Malaysia setakat ini, SC berpendapat tiada keperluan untuk meneruskan cadangan undang-undang itu buat masa ini, dan akan terus memantau serta menilai keberkesanan struktur tadbir urus semasa,” kata Bursa Malaysia.Antara penambahbaikan itu adalah komposisi keahlian, fungsi dan struktur tadbir urus Jawatankuasa Kawal Selia dan Konflik (RACC), seperti meningkatkan tahap kebebasan RACC berbanding pengurusan Bursa Malaysia.RACC pada masa ini terdiri daripada majoriti ahli luar termasuk pengerusi jawatankuasa.“SC mengambil pendirian bahawa struktur RACC semasa yang diperkukuh ini adalah memadai dan praktikal untuk memastikan pelaksanaan fungsi pengawalseliaan Bursa Malaysia yang berkesan,” kata Bursa Malaysia.– BERNAMA     Topic Berkaitan #Bursa Malaysia #Bursa Malaysia RegSub #Suruhanjaya Sekuriti Malaysia #coi Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia 10 tentera AS cedera dalam serangan Iran di pangkalan udara Arab Saudi few seconds ago Dunia PBB desak AS dedah siasatan insiden serangan sekolah Iran 14 minutes ago Dunia Tiada pembekuan harga walaupun darurat tenaga nasional diisytihar di Filipina 34 minutes ago Dunia Harga bahan api ASEAN berbeza susulan tekanan harga minyak global 54 minutes ago Dunia Australia pesan bekalan bahan api kecemasan dari AS buat pertama kali dalam beberapa dekad 1 hour ago Dunia EU tekan usaha diplomatik selesai sekatan Selat Hormuz, ketenteraan bukan pilihan – Kallas 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *