Tunjuk perasaan pro-Palestin tarik penyertaan ramai di seluruh Eropah | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Malaysia Kanak-kanak perempuan maut disyaki didera, jiran kerap dengar tangisan dari rumah mangsa Malaysia Pematuhan rendah KKP dalam kalangan PKS kebimbangan serius – Lee Dunia Tunjuk perasaan pro-Palestin tarik penyertaan ramai di seluruh Eropah Advertisement Dunia Tunjuk perasaan pro-Palestin tarik penyertaan ramai di seluruh Eropah Bernama 29/03/2026 | 10:45 MYT Peserta membawa sepanduk bertulis “Kebebasan untuk Palestin,” “Hentikan Pengeboman Iran,” dan “Berhenti Membekalkan Senjata Kepada Israel,” sambil bersuara menentang Islamofobia. – Foto REUTERS ISTANBUL: Beberapa perhimpunan pro-Palestin diadakan di seluruh Eropah pada Sabtu, menarik penyertaan ramai, lapor Anadolu Ajansi (AA).“Lebih setengah juta orang” berarak untuk Palestin dan menentang sayap kanan di London, menurut Palestine Solidarity Campaign pada X.Advertisement Disertai kumpulan termasuk Kempen untuk Pelucutan Senjata Nuklear dan Gabungan Hentikan Perang, penunjuk perasaan juga mengutuk serangan Israel ke atas Lubnan dan perang Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran.Peserta membawa sepanduk bertulis “Kebebasan untuk Palestin,” “Hentikan Pengeboman Iran,” dan “Berhenti Membekalkan Senjata Kepada Israel,” sambil bersuara menentang Islamofobia.Sementara itu, perhimpunan diadakan di beberapa wilayah di Perancis selepas seruan oleh sekitar 90 organisasi.“Di setiap wilayah Perancis kami berdemonstrasi untuk: penentuan nasib sendiri rakyat Palestin dan hak pulang untuk pelarian Palestin; penghentian pendudukan, penjajahan dan apartheid; sekatan terhadap Israel; gencatan senjata kekal; dan pengakhiran pembunuhan beramai-ramai,” menurut Persatuan Solidariti Perancis Palestin pada X.Menurut kumpulan itu ribuan aktivis berkumpul di Paris manakala hampir 1,000 orang turut berdemonstrasi di Angers, di barat Perancis, menurut akhbar Ouest-France.Di ibu negara Sweden, Stockholm, sekumpulan penunjuk perasaan turut berkumpul, menyeru ke arah Palestin yang merdeka dan menggesa pembunuhan beramai-ramai Israel dihentikan.Di Vienna, Platform Solidariti Palestine Austria menggesa demonstrasi “untuk menghentikan pencerobohan Zionis dan AS” susulan serangan AS-Israel ke atas Iran.Ratusan orang juga berkumpul di The Hague, Belanda, untuk membantah perang di Iran. Dianjurkan oleh Pergerakan Keamanan Baru, demonstrasi itu menyeru kerajaan Belanda untuk menyumbang kepada meredakan ketegangan serta menekan Israel dan AS supaya segera menghentikan serangan mereka, menurut NL Times.– BERNAMA-ANADOLU Topic Berkaitan #tunjuk perasaan #pro-Palestin #solidariti #Eropah Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Kanak-kanak perempuan maut disyaki didera, jiran kerap dengar tangisan dari rumah mangsa 2 minutes ago Malaysia Pematuhan rendah KKP dalam kalangan PKS kebimbangan serius – Lee 13 minutes ago Dunia Tunjuk perasaan pro-Palestin tarik penyertaan ramai di seluruh Eropah 27 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: 20 lagi kapal Pakistan dibenar lalu Selat Hormuz 43 minutes ago Dunia IRGC Iran sifatkan serangan dron dekat kediaman Masoud Barzani sebagai tindakan keganasan 58 minutes ago Dunia Semut dijual hingga AS$220 seekor, pemerdagangan hidupan liar baharu muncul di Kenya 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Tunjuk perasaan pro-Palestin tarik penyertaan ramai di seluruh Eropah
