India pulihara dapur diraja berusia hampir 200 tahun yang tidak pernah berhenti berkhidmat

India pulihara dapur diraja berusia hampir 200 tahun yang tidak pernah berhenti berkhidmat | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Malaysia Kanak-kanak perempuan maut disyaki didera, jiran kerap dengar tangisan dari rumah mangsa Malaysia Pematuhan rendah KKP dalam kalangan PKS kebimbangan serius – Lee Dunia Tunjuk perasaan pro-Palestin tarik penyertaan ramai di seluruh Eropah Advertisement Dunia India pulihara dapur diraja berusia hampir 200 tahun yang tidak pernah berhenti berkhidmat Astro AWANI 29/03/2026 | 09:00 MYT Lucknow di Uttar Pradesh merupakan syurga makanan yang diperkaya dengan tradisi berusia berabad-abad. – Foto X/United Nations in India LUCKNOW: Di negeri Uttar Pradesh, India utara, usaha sedang giat dijalankan untuk memulihara sebuah dapur diraja berusia hampir dua abad yang suatu ketika dahulu menyediakan makanan kepada pemerintah negeri Awadh dan orang awam, serta terus beroperasi hingga ke hari ini.Terletak dalam kompleks Chota Imambara di Lucknow, dapur tersebut dibina pada tahun 1837 oleh pemerintah Awadh, Muhammad Ali Shah.Advertisement Selain berfungsi menyediakan makanan kepada keluarga diraja, dapur itu juga memainkan peranan penting sebagai pusat kebajikan, khususnya ketika perhimpunan keagamaan dan acara khas.Walaupun sistem pemerintahan beraja telah lama berakhir dan Awadh kini hanya dikenali sebagai wilayah bersejarah, tradisi yang diasaskan hampir 200 tahun lalu itu terus dikekalkan.Hingga kini, dapur berkenaan masih menyediakan makanan kepada ribuan orang setiap kali Ramadan dan Muharram, sebagai simbol khidmat kepada masyarakat.Menurut sejarawan, Muhammad Ali Shah pada tahun 1839 telah mewakafkan sejumlah besar dana kepada Syarikat Hindia Timur British, dengan syarat monumen Awadh diselenggara dan dapur berkenaan terus beroperasi menggunakan faedah daripada dana tersebut.Selepas kemerdekaan India pada 1947, wang itu dipindahkan ke bank tempatan dan kini diurus oleh Hussainabad Trust, sebuah badan di bawah pemantauan kerajaan negeri.Namun, keadaan fizikal dapur itu semakin merosot, dengan dinding retak, plaster mengelupas dan lantai yang mula runtuh.Keadaan itu mendorong penduduk tempatan menggesa Jabatan Kaji Selidik Arkeologi India (ASI) untuk campur tangan.Kerja pemulihan dimulakan pada Oktober lalu dan dijangka siap menjelang akhir Mac.Menurut ASI, usaha itu bukan sekadar membaiki struktur, malah bertujuan mengembalikan dapur tersebut kepada bentuk asalnya menggunakan bahan tradisional seperti mortar berasaskan kapur dan batu bata ‘lakhauri’ yang lazim dalam seni bina Awadhi.Bagi waris keturunan diraja Awadh, pemulihan itu membawa nilai sentimental yang mendalam.Mereka menyifatkan dapur berkenaan sebagai warisan budaya dan simbol nilai kemanusiaan yang perlu dipelihara.Bagi penduduk tempatan pula, dapur itu bukan sekadar tempat memasak, tetapi lambang tradisi berterusan yang menghubungkan sejarah, kepercayaan dan komuniti sehingga ke zaman moden.  Topic Berkaitan #Chota Imambara #Lucknow #dapur #keluarga diraja Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Kanak-kanak perempuan maut disyaki didera, jiran kerap dengar tangisan dari rumah mangsa 2 minutes ago Malaysia Pematuhan rendah KKP dalam kalangan PKS kebimbangan serius – Lee 12 minutes ago Dunia Tunjuk perasaan pro-Palestin tarik penyertaan ramai di seluruh Eropah 27 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: 20 lagi kapal Pakistan dibenar lalu Selat Hormuz 43 minutes ago Dunia IRGC Iran sifatkan serangan dron dekat kediaman Masoud Barzani sebagai tindakan keganasan 57 minutes ago Dunia Semut dijual hingga AS$220 seekor, pemerdagangan hidupan liar baharu muncul di Kenya 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *