Ribuan Marin AS tiba di Asia Barat, Pentagon dilapor sedia operasi darat di Iran | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Sukan Tiga hari sebelum lawan Jepun, 8 pemain tinggalkan England Malaysia JPNT arah sekolah sedia air minuman hadapi cuaca panas Malaysia Hampir 60 hektar kebakaran ladang kelapa sawit di Rompin dipadamkan Advertisement Dunia Ribuan Marin AS tiba di Asia Barat, Pentagon dilapor sedia operasi darat di Iran Astro AWANI 29/03/2026 | 09:30 MYT Kelasi dan anggota Marin AS di atas kapal USS Tripoli (LHA 7) tiba di kawasan tanggungjawab Komando Pusat Amerika Syarikat (Centcom). – Foto X/@CENTCOM WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) telah menghantar kira-kira 3,500 anggota tambahan tentera ke Asia Barat, ketika Pentagon dilaporkan sedang membuat persiapan untuk kemungkinan operasi darat selama beberapa minggu di Iran.Menurut Komando Pusat Amerika Syarikat (Centcom), kelasi dan anggota Marin daripada Unit Ekspedisi Marin ke‑31 tiba di rantau itu pada 27 Mac menaiki kapal USS Tripoli.Advertisement Penempatan tersebut turut disertai pesawat pengangkut, pesawat pejuang serangan, serta aset serangan amfibi dan taktikal.Kehadiran pasukan tambahan itu diumumkan ketika The Washington Post, memetik pegawai AS yang tidak dinamakan, melaporkan bahawa Pentagon sedang merangka pelan bagi kemungkinan operasi darat di Iran.Menurut laporan itu, operasi tersebut tidak akan melibatkan pencerobohan berskala penuh, sebaliknya boleh merangkumi serbuan pasukan khas serta penglibatan unit infantri konvensional.Pegawai-pegawai berkenaan berkata masih belum jelas sama ada Presiden Donald Trump akan meluluskan semua, sebahagian, atau menolak sepenuhnya cadangan yang disediakan oleh Pentagon.Penempatan terbaharu ini berlaku walaupun Trump mendakwa rundingan sedang dijalankan bagi menamatkan perang dengan Iran.Namun, dalam kenyataan terbaharu, Trump turut menggesa Iran supaya “menerima kekalahan” dan mengancam untuk “melepaskan kemarahan” sekiranya Teheran terus menghalang laluan perkapalan di Selat Hormuz, laluan strategik utama bagi perdagangan tenaga global.Selain pasukan Marin, tentera AS dijangka mengerahkan ribuan lagi anggota, termasuk dari Divisyen Udara ke‑82, sekali gus menandakan peningkatan ketara kehadiran ketenteraan Washington di Asia Barat.Penganalisis melihat langkah ini sebagai petunjuk bahawa AS bersedia memperluas pilihan ketenteraan sekiranya usaha diplomatik gagal, sekali gus mencetuskan kebimbangan tentang potensi peningkatan konflik berskala besar di rantau yang sudah sedia bergolak itu. Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #anggota tentera AS #Marin #centcom Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Sukan Tiga hari sebelum lawan Jepun, 8 pemain tinggalkan England few seconds ago Malaysia JPNT arah sekolah sedia air minuman hadapi cuaca panas 1 minute ago Malaysia Hampir 60 hektar kebakaran ladang kelapa sawit di Rompin dipadamkan 11 minutes ago Malaysia Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa kuat di Laut Banda, Indonesia 22 minutes ago Dunia Dagestan isytihar darurat kerana hujan lebat 32 minutes ago Malaysia Empat daerah di Kedah catat gelombang haba tahap 2 setakat 6 pagi 42 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Ribuan Marin AS tiba di Asia Barat, Pentagon dilapor sedia operasi darat di Iran
