Belia Pahang saran caj TikTok Shop dikurangkan bantu usahawan PMKS | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Sukan Tiga hari sebelum lawan Jepun, 8 pemain tinggalkan England Malaysia JPNT arah sekolah sedia air minuman hadapi cuaca panas Malaysia Hampir 60 hektar kebakaran ladang kelapa sawit di Rompin dipadamkan Advertisement Malaysia Belia Pahang saran caj TikTok Shop dikurangkan bantu usahawan PMKS Bernama 29/03/2026 | 09:45 MYT Caj platform yang dianggarkan antara 20 hingga 25 peratus ketika ini memberikan tekanan besar kepada margin keuntungan usahawan. – Gambar hiasan KUANTAN: Belia Pahang mencadangkan agar penstrukturan semula caj TikTok Shop dilaksanakan bagi membantu meringankan beban usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang kini berdepan dengan peningkatan kos operasi.Presiden Majlis Belia Pahang Saharuddin Ahmad dalam kenyataan berkata caj platform yang dianggarkan antara 20 hingga 25 peratus ketika ini memberikan tekanan besar kepada margin keuntungan usahawan.Advertisement Beliau berkata situasi itu menjadi semakin mencabar apabila usahawan turut berdepan dengan kenaikan kos bahan mentah, kos logistik serta ketidaktentuan harga bahan api seperti diesel.“Dalam keadaan kos yang meningkat, caj platform yang tinggi memaksa usahawan menaikkan harga produk atau mengurangkan margin keuntungan, sekali gus memberikan kesan kepada daya saing dan kelangsungan perniagaan,” katanya. Beliau berkata faktor geopolitik global termasuk konflik di Asia Barat turut akan memberikan kesan kepada rantaian bekalan dan kos operasi, sekali gus menambah tekanan kepada usahawan tempatan.Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan agar kadar caj platform diturunkan antara 10 hingga 15 peratus, dengan pendekatan berperingkat mengikut kategori PMKS.Cadangan berkenaan melibatkan kadar antara lima hingga 10 peratus bagi PMKS mikro, 10 hingga 12 peratus bagi PMKS kecil dan 12 hingga 15 peratus bagi PMKS sederhana.Saharuddin berkata langkah itu penting bagi memastikan ekosistem ekonomi digital kekal adil dan mampan, selain membantu usahawan tempatan terus berkembang dalam persekitaran perniagaan yang semakin mencabar.Beliau turut meminta kerajaan untuk mengadakan sesi libat urus bersama dengan platform digital berkenaan, menubuhkan jawatankuasa khas berkaitan caj platform serta melaksanakan kajian menyeluruh terhadap impak kos kepada PMKS.“Platform digital sememangnya penting dalam memacu ekonomi, namun keseimbangan antara pertumbuhan platform dengan kelangsungan usahawan perlu diberi perhatian agar manfaatnya dapat dirasai secara menyeluruh,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #TikTok Shop #usahawan #Belia #Caj Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Sukan Tiga hari sebelum lawan Jepun, 8 pemain tinggalkan England few seconds ago Malaysia JPNT arah sekolah sedia air minuman hadapi cuaca panas 2 minutes ago Malaysia Hampir 60 hektar kebakaran ladang kelapa sawit di Rompin dipadamkan 12 minutes ago Malaysia Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa kuat di Laut Banda, Indonesia 22 minutes ago Dunia Dagestan isytihar darurat kerana hujan lebat 32 minutes ago Malaysia Empat daerah di Kedah catat gelombang haba tahap 2 setakat 6 pagi 42 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Belia Pahang saran caj TikTok Shop dikurangkan bantu usahawan PMKS
