ByteDance lancar Seedance 2.0, model AI generatif untuk video realistik

ByteDance lancar Seedance 2.0, model AI generatif untuk video realistik | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia [TERKINI] Azam Baki tolak desakan bercuti, beri amaran saman Bloomberg Malaysia KPDN laksana Ops Pantau 19 Feb hingga 20 Mac Dunia Seorang maut, 2 cedera dalam insiden tikaman di Osaka, suspek ditahan Advertisement Teknologi ByteDance lancar Seedance 2.0, model AI generatif untuk video realistik Amanz 15/02/2026 | 12:00 MYT Model ini menambah baik kefahaman terhadap hukum fizik dan konsistensi babak, sekali gus meningkatkan kualiti video bagi tugasan berbilang shot dan adegan kompleks. -Foto Amanz BYTEDANCE melancarkan model kecerdasan buatan generatif terbaharu, Seedance 2.0, yang menawarkan keupayaan penjanaan video lebih realistik serta konsisten berbanding versi terdahulu.Di China, Seedance 2.0 diintegrasikan sepenuhnya dalam aplikasi Doubao dan Dreamina.Advertisement Menurut ByteDance, model ini menambah baik kefahaman terhadap hukum fizik dan konsistensi babak, sekali gus meningkatkan kualiti video bagi tugasan berbilang shot dan adegan kompleks.Seedance 2.0 turut memperkenalkan dasar penggunaan lebih ketat, termasuk larangan memuat naik imej atau video individu sebagai rujukan utama tanpa pengesahan identiti terlebih dahulu.Langkah ini diambil bagi mengurangkan risiko penyalahgunaan dan penjanaan video palsu melibatkan individu sebenar.Sejurus pelancaran, beberapa video berunsur deepfake melibatkan watak dan selebriti terkenal seperti Tom Cruise dan Brad Pitt tular di media sosial.Situasi ini mencetuskan kritikan daripada Motion Picture Association (MPA), yang menuntut ByteDance menghentikan aktiviti melanggar hak cipta berikutan penggunaan klip dan watak berhak cipta tanpa kebenaran.Pada masa sama, penggiat industri kreatif turut menyuarakan kebimbangan mengenai teknologi generatif baharu ini, yang dikatakan berpotensi menjejaskan perlindungan terhadap karya asal serta menambah tekanan kepada pencipta kandungan.Walaupun begitu, Seedance 2.0 terus mendapat perhatian komuniti teknologi di seluruh dunia berikutan kemampuannya menjana video berkualiti tinggi dalam lingkungan 4 hingga 15 saat, berbanding klip pendek generasi terdahulu. -Amanz  Topic Berkaitan #Seedance 2 #ByteDance #MPA #penjanaan video Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia [TERKINI] Azam Baki tolak desakan bercuti, beri amaran saman Bloomberg 7 minutes ago Malaysia KPDN laksana Ops Pantau 19 Feb hingga 20 Mac 17 minutes ago Dunia Seorang maut, 2 cedera dalam insiden tikaman di Osaka, suspek ditahan 32 minutes ago Dunia Palmerston, bekas ‘chief mouser’ Pejabat Luar Britain, kini tiada lagi 34 minutes ago Malaysia Pengagihan air secara berjadual diteruskan di Kluang dan Pontian 44 minutes ago Malaysia Layla Sania mahu bina identiti sendiri, kagumi Shila Amzah 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *