Mustapha Sakmud dilantik Pengerusi PH Sabah baharu | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia PFA mohon FAM pertimbangkan semula keputusan pemecatan Malaysia Kemalangan, pertambahan kenderaan punca trafik perlahan malam ini – LLM Advertisement Politik Mustapha Sakmud dilantik Pengerusi PH Sabah baharu Bernama 15/02/2026 | 19:25 MYT Mustapha yang mengesahkan pelantikannya berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pemimpin parti komponen PH negeri itu bagi mengisi jawatan yang kosong. – Gambar fail/Bernama KOTA KINABALU: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu.Mustapha yang mengesahkan pelantikannya berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pemimpin parti komponen PH negeri itu bagi mengisi jawatan yang kosong setelah Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) keluar daripada gabungan berkenaan pada November tahun lepas.Advertisement “Setelah berbincang, mesyuarat bersetuju melantik saya sebagai Pengerusi PH Sabah yang baharu bagi mengisi jawatan yang kosong.“Turut dilantik ialah Abdul Razak Jamil sebagai Setiausaha Agung dan Zaidi Jatil daripada PKR sebagai Ketua Pemuda. Datuk Phoong Jin Zhe kekal sebagai Timbalan Pengerusi, Datuk Chan Fong Hin sebagai Bendahari, dan Datuk Jannie Lasimbang Ketua Wanita PH Sabah,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di sini hari ini.Sebelum ini, Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick memegang Pengerusi PH Sabah, namun jawatan itu kosong selepas parti berkenaan memutuskan keluar daripada gabungan tersebut, yang turut dianggotai DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).Mustapha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) berkata mesyuarat itu turut membincangkan hala tuju PH Sabah, termasuk memberi tumpuan kepada isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).“Kita akan membawa isu penting berkaitan MA63, khususnya tuntutan 40 peratus hasil Sabah,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #PH #sabah #mustapha sakmud #pengerusi #ma63 Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 44 minutes ago Malaysia PFA mohon FAM pertimbangkan semula keputusan pemecatan 1 hour ago Malaysia Kemalangan, pertambahan kenderaan punca trafik perlahan malam ini – LLM 2 hours ago Politik Keputusan sertai UMNO dibuat MKT – Ahmad Maslan 2 hours ago Malaysia 'Saya ingatkan Azam Baki jangan terlalu yakin' – Rafizi 2 hours ago Malaysia Polis teliti Himpunan Aman #TangkapAzamBaki, pastikan tiada unsur 3R 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Mustapha Sakmud dilantik Pengerusi PH Sabah baharu
