Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Indonesia rancang beli minyak Rusia, Pertamina patuh arahan pemerintah Malaysia Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang Dunia Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan Advertisement Dunia Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan Bernama 14/04/2026 | 20:54 MYT Empat orang terbunuh dan lapan lagi cedera dalam beberapa siri serangan di bandar Tyre dan kawasan sekitarnya. – AP ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera akibat serangan Israel di selatan Lubnan pada Selasa, ketika Israel terus meningkatkan serangan di seluruh negara itu, lapor Anadolu Ajansi dengan memetik pihak berkuasa kesihatan dan media tempatan.Menurut Kementerian Kesihatan, empat orang terbunuh dan lapan lagi cedera dalam beberapa siri serangan di bandar Tyre dan kawasan sekitarnya.Advertisement Agensi Berita Nasional (NNA) milik kerajaan melaporkan, satu serangan awal pagi mengenai kawasan Mahmoudiya berhampiran bandar Aishiyeh, mengorbankan dua orang.Dua lagi terbunuh dan seorang wanita cedera dalam serangan ke atas sebuah rumah di bandar Arabsalim, menurut NNA.Tiga anggota keluarga turut terbunuh dan seorang lagi cedera selepas serangan sebelum subuh menyasarkan bandar Sahmar di wilayah Bekaa Barat, kata agensi itu.Serangan berasingan menyasarkan bandar pesisir Adloun awal pagi Selasa, menyebabkan tiga orang maut, menurut laporan itu.Satu lagi serangan di bandar Shebriha mengorbankan seorang dan mencederakan tiga yang lain, menurut NNA.Dua lagi terbunuh apabila dron Israel menyerang sebuah kenderaan di jalan Msayleh-Nabatieh selepas tengah malam, menurut agensi itu.Kecederaan turut dilaporkan dalam serangan yang menyasarkan bandar Mahmoudiyeh, Nabatieh al-Fawqa, Jabal al-Botm, Mansouri, Adloun dan Deir Antar.Di daerah Tyre, serangan Israel turut mengenai kawasan antara bandar Ain Baal dan Aaitit, disertai tembakan suar cahaya di udara di atas bandar dan laut, menurut agensi itu.Media Lubnan juga melaporkan serangan ke atas lebih 10 rumah di selatan negara itu, namun tanpa butiran lanjut mengenai jumlah kematian.Tentera Israel memperluas operasi udara dan daratnya di seluruh Lubnan sejak serangan rentas sempadan oleh Hizbullah pada 2 Mac, walaupun terdapat perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada November 2024.Menurut pihak berkuasa kesihatan Lubnan, sekurang-kurangnya 2,089 orang terbunuh dan 6,762 lagi cedera sejak serangan Israel itu.Israel menduduki beberapa kawasan di selatan Lubnan, sebahagiannya selama beberapa dekad dan sebahagian lagi sejak konflik sebelumnya antara Oktober 2023 hingga November tahun berikutnya.– BERNAMA-ANADOLU Topic Berkaitan #mangsa korban #Lubnan #israel #konflik #rejim Zionis Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Indonesia rancang beli minyak Rusia, Pertamina patuh arahan pemerintah few seconds ago Malaysia Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang 11 minutes ago Dunia Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan 19 minutes ago Dunia Itali tangguh pembaharuan automatik perjanjian pertahanan dengan Israel – PM Meloni 25 minutes ago Malaysia Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah sektor perkhidmatan awam bermula esok 58 minutes ago Malaysia Ketidaktentuan global: Rakyat perlu pastikan kesahihan maklumat elak panik 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan
