Indonesia rancang beli minyak Rusia, Pertamina patuh arahan pemerintah

Indonesia rancang beli minyak Rusia, Pertamina patuh arahan pemerintah | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Indonesia rancang beli minyak Rusia, Pertamina patuh arahan pemerintah Malaysia Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang Dunia Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan Advertisement Dunia Indonesia rancang beli minyak Rusia, Pertamina patuh arahan pemerintah Bernama 14/04/2026 | 21:13 MYT Sebagai perusahaan milik negara yang menguruskan tenaga nasional, Pertamina akan mengambil tindakan susulan selaras dengan arahan dan peraturan yang ditetapkan. – Gambar fail JAKARTA: Indonesia merancang untuk membeli minyak dari Rusia, dengan PT Pertamina bersedia untuk mematuhi arahan serta peraturan pemerintah berhubung perkara itu.Naib Presiden Komunikasi Korporat Pertamina, Muhammad Baron berkata inisiatif berkenaan kini masih di peringkat penelitian oleh pihak kerajaan.Advertisement “Sebagai perusahaan milik negara yang menguruskan tenaga nasional, Pertamina akan mengambil tindakan susulan selaras dengan arahan dan peraturan yang ditetapkan,” katanya memetik laporan agensi berita ANTARA pada Selasa.Baron berkata Pertamina sentiasa terbuka kepada pelbagai peluang kerjasama bagi memastikan daya tahan dan kelestarian bekalan tenaga negara.Mengenai kesesuaian minyak mentah Rusia untuk diproses di loji penapisan Pertamina, beliau berkata syarikat itu akan menjalankan kajian lanjut.“Kami akan mengkaji jenis minyak mentah berkenaan. Dengan pemodenan loji penapisan, loji-loji milik Pertamina dijangka mempunyai fleksibiliti untuk memproses pelbagai jenis minyak mentah pada masa hadapan,” katanya.Presiden Indonesia Prabowo Subianto bersama delegasinya, termasuk Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Bahlil Lahadalia, berada di Rusia pada 13 April dan telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin.Antara lain, mesyuarat itu membincangkan kerjasama tenaga termasuk pembangunan loji penapisan, memperkukuh perdagangan minyak, dan meningkatkan penggunaan teknologi tenaga.– BERNAMA Topic Berkaitan #Indonesia #rusia #minyak #Pertamina #Baron #perdagangan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Indonesia rancang beli minyak Rusia, Pertamina patuh arahan pemerintah few seconds ago Malaysia Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang 10 minutes ago Dunia Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan 19 minutes ago Dunia Itali tangguh pembaharuan automatik perjanjian pertahanan dengan Israel – PM Meloni 24 minutes ago Malaysia Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah sektor perkhidmatan awam bermula esok 58 minutes ago Malaysia Ketidaktentuan global: Rakyat perlu pastikan kesahihan maklumat elak panik 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *