Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Indonesia rancang beli minyak Rusia, Pertamina patuh arahan pemerintah Malaysia Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang Dunia Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan Advertisement Malaysia Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang Bernama 14/04/2026 | 21:02 MYT Sim Yau Kok, 38, seorang nelayan tempatan bersama dua warga Myanmar, Ko Ko Aung, 35, dan Khin Maung Tun, 38, jatuh laut ketika mahu menurunkan pukat. – Gambar hiasan IPOH: Seorang nelayan ditemukan lemas manakala rakannya masih hilang selepas dilaporkan terjatuh dari bot di perairan Pulau Pasir Hitam, Ahad lepas.Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau Komander Maritim Hairil Othman berkata dalam kejadian itu, Sim Yau Kok, 38, seorang nelayan tempatan bersama dua warga Myanmar, Ko Ko Aung, 35, dan Khin Maung Tun, 38, jatuh laut ketika mahu menurunkan pukat.Advertisement “Ko Ko Aung berjaya diselamatkan oleh nelayan tempatan pada hari kejadian manakala Khin Maung Tun ditemukan lemas oleh pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan CARILAMAT sebaik menerima maklumat kejadian berkenaan.Hairil berkata berdasarkan maklumat daripada rakan mangsa yang terselamat, Sim dilaporkan memakai baju berwarna kelabu dan berseluar biru ketika kejadian dan CARILAMAT kini diteruskan dengan penglibatan aset serta pemantauan berterusan di kawasan pencarian.“Orang awam yang mempunyai maklumat atau menjumpai sebarang petunjuk mengenai mangsa, diminta menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 011-35259910 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #APMM #CARILAMAT #nelayan #lemas #Hairil Othman Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Indonesia rancang beli minyak Rusia, Pertamina patuh arahan pemerintah few seconds ago Malaysia Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang 11 minutes ago Dunia Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan 19 minutes ago Dunia Itali tangguh pembaharuan automatik perjanjian pertahanan dengan Israel – PM Meloni 24 minutes ago Malaysia Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah sektor perkhidmatan awam bermula esok 58 minutes ago Malaysia Ketidaktentuan global: Rakyat perlu pastikan kesahihan maklumat elak panik 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang
