Tuntutan 40 peratus hasil jadi keutamaan PH Sabah – Mustapha | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia PFA mohon FAM pertimbangkan semula keputusan pemecatan Malaysia Kemalangan, pertambahan kenderaan punca trafik perlahan malam ini – LLM Advertisement Malaysia Tuntutan 40 peratus hasil jadi keutamaan PH Sabah – Mustapha Bernama 15/02/2026 | 20:39 MYT Mustapha berkata, beliau akan membawa keprihatinan itu ke Jawatankuasa Teknikal serta mesyuarat Kabinet akan datang. – Gambar fail KOTA KINABALU: Isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus menjadi keutamaan Pakatan Harapan (PH) negeri itu demi kepentingan rakyat, kata Pengerusi PH Sabah Datuk Mustapha Sakmud.Mustapha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat PH Sabah yang dihadiri komponen DAP, Amanah dan PKR di sini hari ini.Advertisement “Saya mendengar luahan daripada pimpinan parti yang begitu prihatin tentang isu berkenaan dan meminta supaya isu ini dapat diselesaikan mengikut garis masa yang telah dibuat oleh pihak mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat itu di sini hari ini.Turut hadir Timbalan Pengerusi PH Sabah yang juga Pengerusi DAP negeri Datuk Phoong Jin Zhe dan Pengerusi Amanah Sabah Datuk Lahirul Latigu.Mustapha berkata sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan khusus sebagai urus setia kepada Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63, beliau akan membawa keprihatinan itu ke Jawatankuasa Teknikal serta mesyuarat Kabinet akan datang.Beliau berkata bagi memperkukuh proses perundingan, Kabinet bersetuju melantik dua menteri dari Sabah iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup menganggotai Jawatankuasa Majlis Teknikal dan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 di peringkat induk.“Jadi kedua-duanya (Armizan dan Arthur) akan hadir satu jawatankuasa teknikal pada 23 Feb ini melibatkan wakil di peringkat Persekutuan dan juga wakil-wakil daripada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Jawatankuasa teknikal ini akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof,” katanya.Mengulas pertanyaan media sama ada mesyuarat pada 23 Feb itu akan turut menyelesaikan isu Sabah’s ‘Lost Years’, beliau berkata perkara itu akan dibentangkan oleh satu lagi jawatankuasa yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF).“Ada jawatankuasa terutama daripada MOF akan beri perkembangan tentang isu itu dan kita akan mendengar laporan mereka untuk perbincangan selanjutnya,” katanya.Beliau berkata setakat ini dua mesyuarat peringkat jawatankuasa telah diadakan dan dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Datuk Johan Mahmood Merican bagi membincangkan perkara berkaitan.Pada 17 Okt lepas, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan kerajaan Persekutuan mempunyai kewajipan untuk mengadakan semakan dan membayar semula hak tuntutan 40 peratus hasil bersih yang diperoleh dari Sabah.Sementara itu, Phoong berkata isu 40 peratus adalah agenda politik utama yang tidak boleh dipandang ringan kerana rakyat Sabah sedang menanti penyelesaiannya.“Ini isu kritikal. Kita ada perbincangan untuk pascanilai, kita ada berbincang apa yang berlaku, apa isu penting diharapkan oleh rakyat Sabah untuk PRU (Pilihan Raya Umum), Pilihan Raya Negeri Sabah yang lepas. Satu daripadanya ialah isu 40 peratus.“Jadi ia mesti diselesaikan, kita tahu tempoh masa kita berhadapan itu sangat pendek, kita perlu memastikan isu ini diberi keutamaan di peringkat Persekutuan dan negeri,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #mustapha sakmud #ma63 #jawatankuasa # Sabah #kerajaan Persekutuan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 42 minutes ago Malaysia PFA mohon FAM pertimbangkan semula keputusan pemecatan 1 hour ago Malaysia Kemalangan, pertambahan kenderaan punca trafik perlahan malam ini – LLM 2 hours ago Politik Keputusan sertai UMNO dibuat MKT – Ahmad Maslan 2 hours ago Malaysia 'Saya ingatkan Azam Baki jangan terlalu yakin' – Rafizi 2 hours ago Malaysia Polis teliti Himpunan Aman #TangkapAzamBaki, pastikan tiada unsur 3R 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Tuntutan 40 peratus hasil jadi keutamaan PH Sabah – Mustapha
