PFA mohon FAM pertimbangkan semula keputusan pemecatan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia PFA mohon FAM pertimbangkan semula keputusan pemecatan Malaysia Kemalangan, pertambahan kenderaan punca trafik perlahan malam ini – LLM Advertisement Malaysia PFA mohon FAM pertimbangkan semula keputusan pemecatan Bernama 15/02/2026 | 22:53 MYT Pada 4 Sept 2025, FAM dilaporkan memecat PFA sebagai ahli gabungan selepas persatuan bola sepak negeri itu gagal menyelesaikan isu berkaitan arahan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). KANGAR: Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) akan mengemukakan permohonan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya mempertimbangkan semula keputusan memecat persatuan itu sebagai ahli gabungan badan induk berkenaan.Presiden PFA Zamri Ibrahim berkata perkara itu antara isu yang dibincangkan dalam Kongres Tahunan PFA yang berlangsung di sini hari ini, dan persatuan merancang mengemukakan permohonan tersebut selepas jawatankuasa baharu FAM dilantik.Advertisement “PFA tidak bercadang memohon keahlian baharu, sebaliknya akan mengemukakan permohonan supaya keputusan pemecatan sebelum ini ditarik balik,” katanya kepada Bernama selepas kongres berkenaan.Antara agenda kongres itu ialah pemilihan jawatankuasa baharu PFA bagi sesi 2026 hingga 2030, dengan Zamri dilantik semula sebagai presiden persatuan untuk tempoh berkenaan.Pada 4 Sept 2025, FAM dilaporkan memecat PFA sebagai ahli gabungan selepas persatuan bola sepak negeri itu gagal menyelesaikan isu berkaitan arahan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), termasuk pembayaran gaji tertunggak dan pampasan kontrak kepada bekas Pengarah Bola Sepak PFA, Matt Holland, dalam tempoh enam bulan ditetapkan.PFA bagaimanapun boleh mengemukakan permohonan untuk menjadi ahli gabungan FAM semula selepas semua permasalahan berjaya diselesaikan.Sebelum itu, pada Disember 2024, FAM memutuskan untuk menggantung PFA sehingga persatuan melunaskan sepenuhnya tunggakan gaji dan pampasan kontrak yang dituntut bekas Pengarah Bola Sepak itu, selaras dengan arahan FIFA yang dikeluarkan pada 4 Dis 2019.Zamri mendakwa PFA tidak pernah dipanggil untuk berbincang mengenai penyelesaian isu tunggakan gaji dan pampasan kontrak tersebut, sebaliknya FAM terus menggantung dan memecat persatuan tanpa sebarang perbincangan.– BERNAMA Topic Berkaitan #PFA #FAM #pemecatan #Zamri Ibrahim #Perlis Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 32 minutes ago Malaysia PFA mohon FAM pertimbangkan semula keputusan pemecatan 1 hour ago Malaysia Kemalangan, pertambahan kenderaan punca trafik perlahan malam ini – LLM 2 hours ago Politik Keputusan sertai UMNO dibuat MKT – Ahmad Maslan 2 hours ago Malaysia 'Saya ingatkan Azam Baki jangan terlalu yakin' – Rafizi 2 hours ago Malaysia Polis teliti Himpunan Aman #TangkapAzamBaki, pastikan tiada unsur 3R 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
PFA mohon FAM pertimbangkan semula keputusan pemecatan
