Piala Thomas 2026: Malaysia 'kuda hitam' di Denmark – Zii Jia | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Pemecatan salah: Bekas juruterbang AirAsia diberi pampasan, tunggakan gaji RM147,400 Malaysia Hukuman mati bekas pekerja restoran diganti penjara 15 tahun Dunia 16 cedera tembakan di sekolah di Turkiye Advertisement Sukan Piala Thomas 2026: Malaysia 'kuda hitam' di Denmark – Zii Jia Bernama 15/04/2026 | 08:20 MYT Lee Zii Jia. – Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia melihat Malaysia sebagai pasukan yang berpotensi mencipta kejutan pada saingan Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei ini.Pemain berusia 28 tahun yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu berkata status tersebut, memberi kelebihan tersendiri kepada skuad negara yang dilihat berpeluang untuk melangkah jauh, jika setiap pemain memainkan peranan masing-masing dengan baik.Advertisement “Tentunya pada saya pasukan Malaysia ialah ‘dark horse’. Peluang memang ada, tetapi untuk diri saya sendiri saya tidak meletakkan jangkaan terlalu tinggi. Hanya cuba melakukan apa yang perlu saya lakukan sebagai pemain perseorangan ketiga.“Jadi kalau saya dapat main (memang) akan bermati-matian, tentunya ia amat penting (dan juga) semua yang bermain memang mempunyai peranan sangat penting dalam pasukan. Jadi saya rasa tak kira siapa yang bermain, saya akan bermain sebaiknya,” katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM), malam tadi. Skuad negara semalam berkumpul di ABM, sebelum berlepas ke Herning untuk melakukan kem latihan berpusat untuk kejohanan berprestij itu hujung bulan ini dalam usaha memburu kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada 1992.“Memang gembira boleh dapat terpilih untuk Piala Thomas sekali lagi terutamanya dalam keadaan prestasi kebelakangan ini pun tak bagus. (Jadi) terima kasih BAM kerana percaya dengan saya,” katanya. Zii Jia sebelum ini bergelut dengan kecederaan sejak mengalami masalah buku lali pada final Jelajah Dunia Disember 2024, sebelum kembali beraksi pada Masters Orleans dan Seluruh England pada Mac tahun lepas.Dengan kecederaan buku lali yang masih belum pulih sepenuhnya, beliau terpaksa berehat sekali lagi sebelum kembali ke gelanggang pada Kejohanan Dunia di Paris, Ogos lepas.Pada September, beliau beraksi pada Terbuka Hong Kong sebelum menarik diri pada pusingan pertama Masters China akibat kecederaan belakang.Susulan daripada itu, pemain kelahiran Kedah berkenaan membuat keputusan untuk berehat sepenuhnya bagi memberi tumpuan kepada pemulihan. Sejak kembali beraksi bermula dengan Terbuka Malaysia 2026 pada Januari lepas, Zii Jia hanya sekali mara ke suku akhir iaitu Masters Thailand 2026 (Januari), daripada keseluruhan enam kejohanan disertainya tahun ini.Selain Zii Jia, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan tiga lagi pemain yang bakal dipertaruhkan membarisi kem perseorangan negara iaitu Leong Jun Hao, Justin Hoh dan Aidil Sholeh Ali Sadikin.Acara beregu lelaki menyaksikan cabaran negara diterajui pasangan nombor dua dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik, selain Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta gandingan profesional Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani.Skuad lelaki kebangsaan diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, England dan Finland.– BERNAMA Topic Berkaitan #denmark #badminton #Lee Zii Jia #Piala Thomas 2026 Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia MEnteri kabinet zahir ucapan Hari Vishu, seru hidupkan semangat kejiranan 4 minutes ago Malaysia Pemecatan salah: Bekas juruterbang AirAsia diberi pampasan, tunggakan gaji RM147,400 14 minutes ago Malaysia Hukuman mati bekas pekerja restoran diganti penjara 15 tahun 24 minutes ago Dunia 16 cedera tembakan di sekolah di Turkiye 34 minutes ago Dunia Bintang muay thai dunia, Rodtang berdepan saman dari ONE Championship 44 minutes ago Sukan Piala Thomas 2026: Malaysia 'kuda hitam' di Denmark – Zii Jia 54 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Piala Thomas 2026: Malaysia 'kuda hitam' di Denmark – Zii Jia
