Bintang muay thai dunia, Rodtang berdepan saman dari ONE Championship | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes Zetrix, Astron CAICT lancar ‘Avatar’, perkukuh kepercayaan dalam AI Bisnes Ringgit mengukuh kepada 3.94 berbanding dolar AS susulan optimisme rundingan AS- Iran Sukan Herning jadi medan simulasi persiapan Piala Thomas dan Uber 2026 Advertisement Dunia Bintang muay thai dunia, Rodtang berdepan saman dari ONE Championship Astro Arena 15/04/2026 | 08:30 MYT Rodtang. – Foto Astro ARENA PROMOSI seni bela diri global, ONE Championship, mengumumkan bahawa pihaknya sedang bersiap sedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas juara dunia Muay Thai flyweight, Rodtang Jitmuangnon, susulan dakwaan pelanggaran kontrak.Perkembangan itu disahkan menerusi platform rasmi ONE Championship yang memaklumkan bahawa proses perundangan telah pun dimulakan di tiga negara iaitu Singapura, Jepun dan Thailand.Advertisement Dalam kenyataan rasmi, ONE menegaskan komitmen mereka terhadap ketelusan kepada peminat, atlet serta rakan strategik, sambil menjelaskan tindakan itu diambil selepas berlakunya beberapa pelanggaran perjanjian kontrak.Katanya, tindakan undang-undang tersebut berpunca daripada kegagalan Rodtang memenuhi komitmen kontraknya, selain kebimbangan terhadap kenyataan atau maklumat yang berpotensi menimbulkan salah faham atau dianggap berunsur fitnah.ONE turut menegaskan bahawa mereka mengamalkan dasar tegas berkaitan integriti kontrak dan sebelum ini telah cuba menyelesaikan isu tersebut secara baik. Namun, selepas beberapa kali kegagalan memenuhi tanggungjawab yang dipersetujui, organisasi itu memilih untuk mengambil langkah lebih tegas bagi melindungi kepentingan semua pihak dalam ekosistem mereka.Siasatan dan semakan undang-undang kini sedang dijalankan, dengan ONE bekerjasama rapat bersama pihak berkuasa di ketiga-tiga negara terlibat sepanjang proses tersebut berlangsung.Terdahulu, Rodtang — yang dikenali sebagai antara legenda petarung Thailand menjelaskan di media sosial bahawa beliau merancang untuk hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah di Bangkok pada 14 April serta berdepan pihak media.Bagaimanapun, sesi tersebut kemudiannya ditangguhkan. Rodtang turut menjelaskan bahawa rundingan telah dimulakan dan dia akan memanggil semula sidang media sekiranya perbincangan antara kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat.Petarung sensasi Thailand itu, yang membina nama di pentas antarabangsa bersama ONE Championship menerusi gaya bertarung agresif dan daya tahan tinggi, kini berdepan fasa mencabar dalam kariernya ketika isu perundangan ini semakin meruncing.Rodtang dijadualkan melawan Takeru Segawa dalam perlawanan ulangan (pertembungan terakhir menyaksikan Rodtang menang pada tahun lalu) yang sangat dinanti-nantikan untuk merebut gelaran ONE Interim Flyweight Kickboxing pada 29 April 2026, di ONE Samurai 1 di Tokyo, Jepun. Topic Berkaitan #Rodtang Jitmuangnon #Muay Thai #ONE Championship #saman Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Bisnes Zetrix, Astron CAICT lancar ‘Avatar’, perkukuh kepercayaan dalam AI few seconds ago Bisnes Ringgit mengukuh kepada 3.94 berbanding dolar AS susulan optimisme rundingan AS- Iran 30 minutes ago Sukan Herning jadi medan simulasi persiapan Piala Thomas dan Uber 2026 40 minutes ago Malaysia Pembelajaran sepanjang hayat tonggak masyarakat bermentaliti kelas pertama – Halimah Yacob 50 minutes ago Malaysia Menteri kabinet zahir ucapan Hari Vishu, seru hidupkan semangat kejiranan 1 hour ago Malaysia Pemecatan salah: Bekas juruterbang AirAsia diberi pampasan, tunggakan gaji RM147,400 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Bintang muay thai dunia, Rodtang berdepan saman dari ONE Championship
