Kemalangan, pertambahan kenderaan punca trafik perlahan malam ini – LLM

Kemalangan, pertambahan kenderaan punca trafik perlahan malam ini – LLM | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia PFA mohon FAM pertimbangkan semula keputusan pemecatan Malaysia Kemalangan, pertambahan kenderaan punca trafik perlahan malam ini – LLM Advertisement Malaysia Kemalangan, pertambahan kenderaan punca trafik perlahan malam ini – LLM Bernama 15/02/2026 | 22:13 MYT Secara keseluruhan, trend aliran trafik hari ini dilaporkan tidak terlalu sesak seperti semalam dan dijangka keadaan akan bertambah baik selepas tengah malam. – Gambar fail KUALA LUMPUR: Beberapa jajaran utama lebuh raya di seluruh negara dilaporkan masih bergerak perlahan setakat 9 malam ini berikutan insiden kemalangan dan pertambahan jumlah kenderaan.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E2, trafik perlahan dari Bandar Baru Nilai ke Bandar Ainsdale dan Senawang ke Pedas Linggi akibat kemalangan di KM253.6.Advertisement “Bagi arah selatan di jajaran E1 pula, kesesakan dilaporkan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar ekoran kemalangan di KM232.3, manakala dari arah utara trafik perlahan melibatkan jajaran Kuala Kangsar ke Changkat Jering serta Juru ke Seberang Jaya.”Selain itu, aliran trafik turut dikesan perlahan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dari Puchong Utama ke Puchong Intan serta Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) melibatkan jajaran IOI Putrajaya dan Persiaran Utara ke Hospital Serdang,” katanya ketika dihubungi hari ini.Secara keseluruhan, trend aliran trafik hari ini dilaporkan tidak terlalu sesak seperti semalam dan dijangka keadaan akan bertambah baik selepas tengah malam.LLM menjangkakan aliran trafik di semua lebuh raya utama akan kembali lancar selepas 11.59 malam ini susulan berakhirnya tempoh pemberian diskaun tol 50 peratus oleh kerajaan.Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya sentiasa fokus pada pemanduan, menjaga jarak selamat serta berwaspada terhadap sebarang halangan di hadapan.”Bagi penunggang motosikal, pastikan anda sentiasa berhati-hati terutamanya di kawasan yang diaktifkan sebagai laluan Smart Lane bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” jelasnya.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine di 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.– BERNAMA Topic Berkaitan #LLM #trafik #PLUS #LDP #SKVE #Diskaun tol #kemalangan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 34 minutes ago Malaysia PFA mohon FAM pertimbangkan semula keputusan pemecatan 1 hour ago Malaysia Kemalangan, pertambahan kenderaan punca trafik perlahan malam ini – LLM 2 hours ago Politik Keputusan sertai UMNO dibuat MKT – Ahmad Maslan 2 hours ago Malaysia 'Saya ingatkan Azam Baki jangan terlalu yakin' – Rafizi 2 hours ago Malaysia Polis teliti Himpunan Aman #TangkapAzamBaki, pastikan tiada unsur 3R 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *