Polis teliti Himpunan Aman #TangkapAzamBaki, pastikan tiada unsur 3R | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia PFA mohon FAM pertimbangkan semula keputusan pemecatan Malaysia Kemalangan, pertambahan kenderaan punca trafik perlahan malam ini – LLM Advertisement Malaysia Polis teliti Himpunan Aman #TangkapAzamBaki, pastikan tiada unsur 3R Astro AWANI 15/02/2026 | 21:31 MYT Perhimpunan bermula kira-kira pukul 4 petang di kawasan pusat beli-belah Sogo sebelum bergerak perlahan ke Dataran Merdeka, dan berakhir sekitar pukul 6.30 petang dengan pemantauan rapi daripada pihak polis. – Astro AWANI KUALA LUMPUR: Pihak polis akan menjalankan penelitian menyeluruh terhadap keseluruhan Himpunan Aman #TangkapAzamBaki yang berlangsung di ibu negara pada Ahad, walaupun perhimpunan itu berakhir secara aman.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata proses semakan dilakukan melalui risikan dan pemerhatian dari awal hingga tamat himpunan bagi memastikan tiada isu yang menyentuh sensitiviti berkaitan perkauman, agama, dan institusi diraja (3R).Advertisement “Walaupun perhimpunan berjalan lancar, polis akan meneliti setiap aspek bagi memastikan tiada kandungan yang menimbulkan masalah berkenaan 3R. Sekiranya terdapat sebarang isu, tindakan segera akan diambil termasuk membuka siasatan lanjut,” kata beliau pada sidang media di Dataran Merdeka pada Ahad.Beliau menegaskan bahawa perhimpunan berjalan tanpa sebarang kejadian yang menjejaskan ketenteraman awam dan pihak polis amat menghargai kerjasama penganjur serta orang ramai yang mematuhi arahan pihak berkuasa.Perhimpunan bermula kira-kira pukul 4 petang di kawasan pusat beli-belah Sogo sebelum bergerak perlahan ke Dataran Merdeka, dan berakhir sekitar pukul 6.30 petang dengan pemantauan rapi daripada pihak polis.“Anggaran kehadiran lebih kurang 200 orang termasuk penganjur dan penceramah. Sebanyak 600 anggota polis dikerahkan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perhimpunan,” katanya.Beliau berkata, anggota yang terlibat termasuk daripada IPD Dang Wangi, IPK Kuala Lumpur, serta bantuan daripada kawasan berhampiran, bagi memastikan pemantauan menyeluruh sepanjang perhimpunan.Himpunan berkanaan dianjurkan oleh Sekretariat Tangkap Azam Baki dengan tujuan menyuarakan beberapa tuntutan berkaitan isu rasuah dan kebertanggungjawaban institusi penguat kuasa.Peserta membawa pelbagai sepanduk menuntut tindakan tertentu, manakala beberapa ucapan disampaikan sepanjang acara berlangsung sebelum himpunan berakhir tanpa insiden.Katanya, polis akan terus memantau sebarang aktiviti berkaitan dan memastikan setiap langkah keselamatan diambil demi mengekalkan ketenteraman awam.“Kerjasama daripada penganjur dan masyarakat amat penting. Ini membolehkan perhimpunan berjalan dengan aman tanpa mengganggu keamanan bandar dan masyarakat sekitar,” katanya. Topic Berkaitan #POLIS #teliti #Perhimpunan aman #Tan Seri Azam Baki Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 33 minutes ago Malaysia PFA mohon FAM pertimbangkan semula keputusan pemecatan 1 hour ago Malaysia Kemalangan, pertambahan kenderaan punca trafik perlahan malam ini – LLM 2 hours ago Politik Keputusan sertai UMNO dibuat MKT – Ahmad Maslan 2 hours ago Malaysia 'Saya ingatkan Azam Baki jangan terlalu yakin' – Rafizi 2 hours ago Malaysia Polis teliti Himpunan Aman #TangkapAzamBaki, pastikan tiada unsur 3R 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Polis teliti Himpunan Aman #TangkapAzamBaki, pastikan tiada unsur 3R
