China haramkan skrin sentuh bagi fungsi keselamatan, larang stereng 'yoke' mulai 2027

China haramkan skrin sentuh bagi fungsi keselamatan, larang stereng 'yoke' mulai 2027 | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Teknologi AI berpotensi ganti tugas kolar putih dalam tempoh 12–18 bulan – CEO Microsoft AI Teknologi OpenAI tuduh DeepSeek tiru model AI melalui teknik sulingan Teknologi China haramkan skrin sentuh bagi fungsi keselamatan, larang stereng 'yoke' mulai 2027 Advertisement Teknologi China haramkan skrin sentuh bagi fungsi keselamatan, larang stereng 'yoke' mulai 2027 Amanz 16/02/2026 | 12:30 MYT MIIT menetapkan bahawa fungsi penting seperti lampu isyarat membelok, lampu kecemasan, penukaran gear dan panggilan kecemasan tidak lagi boleh dikawal melalui skrin sesentuh. -Foto Amanz CHINA menguatkuasakan dua peraturan keselamatan automotif baharu yang melarang penggunaan skrin sesentuh bagi fungsi keselamatan utama serta mengharamkan stereng separuh atau yoke bermula 1 Jan 2027.Peraturan itu terkandung dalam draf piawaian wajib yang diumumkan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China.Advertisement MIIT menetapkan bahawa fungsi penting seperti lampu isyarat membelok, lampu kecemasan, penukaran gear dan panggilan kecemasan tidak lagi boleh dikawal melalui skrin sesentuh.Setiap fungsi keselamatan itu mesti dikendalikan menggunakan butang atau suis fizikal dengan keluasan minimum 10mm x 10mm supaya pemandu dapat mengaktifkannya tanpa menavigasi menu atau ikon kecil di skrin.Peraturan baharu ini menyasarkan trend rekaan kabin berasaskan skrin yang dipelopori model seperti Tesla, BYD dan Xiaomi.MIIT menegaskan penggunaan skrin bagi fungsi kritikal boleh mengalih perhatian pemandu, terutama apabila ikon terletak dalam submenu atau respons paparan mengalami lengah.Dalam langkah berkaitan, China turut mengharamkan stereng jenis yoke yang popular dalam beberapa model Tesla dan sesetengah kenderaan mewah.Data keselamatan dalaman menunjukkan 46 peratus kecederaan pemandu berlaku akibat hentakan pada mekanisme stereng.Reka bentuk yoke meningkatkan risiko kerana ketiadaan rim bulat yang biasanya menyerap sebahagian impak dan mengurangkan pergerakan badan ke arah papan pemuka.Selain itu, stereng yoke tidak dapat memenuhi syarat ujian impak baharu yang mewajibkan 10 titik ujian di seluruh rim, termasuk bahagian atas — satu bahagian yang tiada dalam reka bentuk yoke.MIIT juga menilai penyebaran beg udara bagi stereng jenis itu sebagai kurang konsisten berbanding stereng bulat konvensional.Larangan ini menyusul selepas China mengharamkan pemegang pintu tersorok yang dikaitkan dengan insiden mangsa terperangkap dalam kemalangan.Piawaian baharu akan menggantikan piawaian 2011, dan pengeluar yang telah menerima kelulusan sebelum ini diberikan tempoh 13 bulan untuk menyesuaikan reka bentuk sebelum tarikh kuat kuasa. -Amanz Topic Berkaitan #EV #Peraturan baharu China #skrin sentuh #stereng yoke #Tesla #BYD #Xiaomi #teknologi automotif Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Teknologi AI berpotensi ganti tugas kolar putih dalam tempoh 12–18 bulan – CEO Microsoft AI 3 minutes ago Teknologi OpenAI tuduh DeepSeek tiru model AI melalui teknik sulingan 18 minutes ago Teknologi China haramkan skrin sentuh bagi fungsi keselamatan, larang stereng 'yoke' mulai 2027 48 minutes ago Dunia Letupan kedai mercun di Jiangsu, China ragut 8 nyawa, 2 cedera 58 minutes ago Politik Wan Saiful tarik balik rayuan pemecatan Bersatu 1 hour ago Teknologi Harga RAM untuk penghala melonjak sehingga 600% akibat lonjakan permintaan AI 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *