AI berpotensi ganti tugas kolar putih dalam tempoh 12–18 bulan – CEO Microsoft AI

AI berpotensi ganti tugas kolar putih dalam tempoh 12–18 bulan – CEO Microsoft AI | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Teknologi AI berpotensi ganti tugas kolar putih dalam tempoh 12–18 bulan – CEO Microsoft AI Malaysia Skuadron Rapid Rail perkukuh keselamatan insfrastuktur rel negara Teknologi OpenAI tuduh DeepSeek tiru model AI melalui teknik sulingan Advertisement Teknologi AI berpotensi ganti tugas kolar putih dalam tempoh 12–18 bulan – CEO Microsoft AI Astro AWANI 16/02/2026 | 13:15 MYT Mustafa berkata AI kini hampir mencapai prestasi setanding manusia dalam kebanyakan tugasan profesional. -Gambar hiasan CEO Microsoft AI, Mustafa Suleyman, beri amaran bahawa majoriti kerja kolar putih berisiko besar untuk digantikan oleh kecerdasan buatan (AI) dalam tempoh 12 hingga 18 bulan, susulan perkembangan pesat teknologi model data raya dan apa yang beliau gelar sebagai era “Artificial Capable Intelligence.”Kenyataan itu dibuat dalam temu bual eksklusif bersama Financial Times, yang kemudian dipetik secara meluas oleh media antarabangsa.Advertisement Mustafa berkata AI kini hampir mencapai prestasi setanding manusia dalam kebanyakan tugasan profesional.Beliau menyebut pekerjaan yang banyak bergantung pada komputer seperti peguam, akauntan, pengurus projek, dan pegawai pemasaran sebagai antara yang paling cepat terdedah kepada automasi penuh dalam jangka masa terdekat.Menurutnya, perubahan ketara sudah pun dapat dilihat dalam industri kejuruteraan perisian, apabila majoriti kod kini dihasilkan menggunakan alat AI, sementara jurutera pula beralih kepada tugas strategi, menyemak dan memastikan sistem AI dapat dihasilkan ke persekitaran sebenar.Peralihan ini berlaku dalam tempoh enam bulan kebelakangan.Beliau turut menjangka penciptaan model AI baharu akan menjadi semudah menghasilkan blog atau podcast, dengan setiap organisasi mempunyai kebolehan membangunkan model tersuai mengikut keperluan masing‑masing.Dalam dua hingga tiga tahun akan datang, beliau menjangkakan ejen AI mampu mengurus aliran kerja organisasi besar dengan lebih berkesan daripada manusia.Pandangan Mustafa hadir ketika syarikat-syarikat teknologi di seluruh dunia semakin mempercepat penggunaan AI sebagai langkah penjimatan kos, menyusul laporan pembuangan pekerja besar-besaran dalam industri teknologi.Ramai pemerhati industri bagaimanapun memberi amaran bahawa ramalan ini mungkin keterlaluan, memandangkan beberapa kajian menunjukkan impak produktiviti AI tidak setinggi yang dijangkakan.Namun begitu, kenyataan ketua AI Microsoft ini tetap menambah tekanan terhadap perbahasan global mengenai masa depan pekerjaan dan ekonomi digital. -Amanz Topic Berkaitan #Microsoft AI #Mustafa Suleyman #kerja kolar putih #automasi AI #Artificial Capable Intelligence #penggantian pekerjaan #automasi pejabat Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Teknologi AI berpotensi ganti tugas kolar putih dalam tempoh 12–18 bulan – CEO Microsoft AI 2 minutes ago Teknologi OpenAI tuduh DeepSeek tiru model AI melalui teknik sulingan 17 minutes ago Teknologi China haramkan skrin sentuh bagi fungsi keselamatan, larang stereng 'yoke' mulai 2027 47 minutes ago Dunia Letupan kedai mercun di Jiangsu, China ragut 8 nyawa, 2 cedera 57 minutes ago Politik Wan Saiful tarik balik rayuan pemecatan Bersatu 1 hour ago Teknologi Harga RAM untuk penghala melonjak sehingga 600% akibat lonjakan permintaan AI 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *