Harga RAM untuk penghala melonjak sehingga 600% akibat lonjakan permintaan AI | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Lelaki maut tercampak, MPV terbakar selepas terbabas langgar pokok Malaysia Program Jelajah Ramadan 2026, wadah penyatuan masyarakat – Fahmi Malaysia Op E‑Cig Mega: Polis rampas rokok elektronik bernilai RM8.87 juta Advertisement Teknologi Harga RAM untuk penghala melonjak sehingga 600% akibat lonjakan permintaan AI Amanz 16/02/2026 | 12:00 MYT Kenaikan mendadak ini turut menyaksikan sumbangan kos memori terhadap jumlah kos bahan (BOM) bagi penghala kelas rendah dan pertengahan meningkat kepada lebih 20 peratus berbanding sekitar 3 peratus setahun lalu. -Foto Amanz HARGA modul RAM bagi penghala, gerbang internet (gateway) dan set kotak (STB) meningkat lebih 600 peratus dalam tempoh setahun susulan lonjakan permintaan daripada sektor pelayan kecerdasan buatan (AI).Laporan terbaharu oleh Counterpoint Research menunjukkan modul DRAM dan NAND untuk peranti pengguna seperti penghala dan STB kini mengalami peningkatan harga hampir tujuh kali ganda sejak sembilan bulan lalu, dengan kenaikan dijangka berterusan sekurang‑kurangnya sehingga Jun 2026.Advertisement Kenaikan mendadak ini turut menyaksikan sumbangan kos memori terhadap jumlah kos bahan (BOM) bagi penghala kelas rendah dan pertengahan meningkat kepada lebih 20 peratus berbanding sekitar 3 peratus setahun lalu.Peningkatan itu menjejaskan pengeluar kecil yang tidak mempunyai kuasa rundingan dan bekalan terjamin, sekali gus menimbulkan tekanan terhadap penyedia perkhidmatan internet yang merancang peluasan rangkaian pada tahun ini.Penganalisis menjelaskan bahawa peningkatan harga RAM bukan disebabkan permintaan pusat data terhadap modul DDR4, tetapi kerana pengeluar kini mengutamakan pengeluaran memori maju seperti HBM dan DDR5 yang memberikan margin keuntungan jauh lebih tinggi.Bekalan untuk RAM DDR4 yang digunakan dalam penghala dan STB menjadi semakin terhad, menyebabkan harga meningkat melampaui jenis memori pengguna lain.Kenaikan kos dijangka mengubah strategi pemasangan dan langganan oleh penyedia internet, termasuk pemberhentian promosi pemasangan percuma dan penyediaan STB percuma kepada pelanggan baharu.Walaupun harga langganan internet bulanan dijangka kekal, pelanggan mungkin perlu menanggung kos awal lebih tinggi untuk peralatan.Dalam masa sama, analisis industri turut memberi amaran bahawa penyedia rangkaian perlu memantau rapat dinamik harga memori ini kerana ia berpotensi melambatkan pelaksanaan jalur lebar baharu. -Amanz Topic Berkaitan #harga RAM #penghala internet #kenaikan kos memori #Counterpoint Research Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Lelaki maut tercampak, MPV terbakar selepas terbabas langgar pokok 2 minutes ago Malaysia Program Jelajah Ramadan 2026, wadah penyatuan masyarakat – Fahmi 20 minutes ago Malaysia Op E‑Cig Mega: Polis rampas rokok elektronik bernilai RM8.87 juta 40 minutes ago Bisnes Arora Beauty Spa perluas penjagaan kulit wajah holistik berasaskan analisis dan sains 43 minutes ago Malaysia Mindef runding pembekuan dana ATM, operasi kekal terjamin – Khaled 47 minutes ago Teknologi AI berpotensi ganti tugas kolar putih dalam tempoh 12–18 bulan – CEO Microsoft AI 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Harga RAM untuk penghala melonjak sehingga 600% akibat lonjakan permintaan AI
