Letupan kedai mercun di Jiangsu, China ragut 8 nyawa, 2 cedera | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Selepas Wan Saiful, Saifuddin pula tarik balik rayuan pemecatan Bersatu Malaysia Lelaki maut tercampak, MPV terbakar selepas terbabas langgar pokok Malaysia Program Jelajah Ramadan 2026, wadah penyatuan masyarakat – Fahmi Advertisement Dunia Letupan kedai mercun di Jiangsu, China ragut 8 nyawa, 2 cedera Agensi 16/02/2026 | 12:20 MYT Sekurang-kurangnya lapan orang maut, sementara dua lagi cedera selepas berlaku satu letupan di sebuah kedai menjual mercun di wilayah Jiangsu, timur China, pada Ahad. – Gambar hiasan BEIJING: Sekurang-kurangnya lapan orang maut, sementara dua lagi cedera selepas berlaku satu letupan di sebuah kedai menjual mercun di wilayah Jiangsu, timur China, pada Ahad.Menurut pihak berkuasa daerah Donghai, letupan berlaku sekitar 2.30 petang selepas tindakan “pelepasan mercun yang tidak betul” oleh seorang atau beberapa penduduk kampung mencetuskan letupan di sebuah kedai berhampiran.Advertisement Sejurus kejadian, pasukan pengurusan kecemasan, bomba, polis dan perkhidmatan kesihatan digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan operasi menyelamat dan kawalan.Api yang tercetus akibat letupan berjaya dipadamkan sekitar 4 petang. Pihak berkuasa mengesahkan lapan mangsa terkorban, manakala dua lagi mengalami lecur ringan. Siasatan sedang dijalankan dan individu yang dipercayai bertanggungjawab telah ditahan bagi membantu siasatan.China kini memasuki tempoh puncak penggunaan mercun sempena Tahun Baharu Cina, dengan komuniti luar bandar lazim menyalakan pelbagai jenis bunga api dan mercun untuk meraikan perayaan serta upacara tradisi.Susulan kejadian di Donghai, Kementerian Pengurusan Kecemasan mengeluarkan peringatan agar orang ramai mengelakkan amalan berisiko seperti menguji mercun di hadapan kedai atau merokok berhampiran premis jualan mercun.Kementerian itu turut mengarahkan semua pengusaha mercun di seluruh negara menjalankan pemeriksaan keselamatan menyeluruh terhadap risiko dan potensi bahaya.China kerap berdepan insiden industri akibat standard keselamatan yang longgar.Awal bulan ini, letupan di sebuah kilang bioteknologi di Shanxi turut meragut lapan nyawa, manakala pada akhir Januari lalu, insiden letupan di sebuah kilang keluli di Inner Mongolia mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang. – Agensi Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Politik Selepas Wan Saiful, Saifuddin pula tarik balik rayuan pemecatan Bersatu few seconds ago Malaysia Lelaki maut tercampak, MPV terbakar selepas terbabas langgar pokok 2 minutes ago Malaysia Program Jelajah Ramadan 2026, wadah penyatuan masyarakat – Fahmi 20 minutes ago Malaysia Op E‑Cig Mega: Polis rampas rokok elektronik bernilai RM8.87 juta 40 minutes ago Bisnes Arora Beauty Spa perluas penjagaan kulit wajah holistik berasaskan analisis dan sains 43 minutes ago Malaysia Mindef runding pembekuan dana ATM, operasi kekal terjamin – Khaled 47 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Letupan kedai mercun di Jiangsu, China ragut 8 nyawa, 2 cedera
