Kad Pokemon milik Logan Paul dilelong pada harga AS$16.49 juta catat rekod dunia | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Hujan lebat dua jam, beberapa kawasan di poh dilanda banjir kilat Malaysia Bomba sahkan banjir kilat di Kampung Melayu Subang, keadaan terkawal Advertisement Dunia Kad Pokemon milik Logan Paul dilelong pada harga AS$16.49 juta catat rekod dunia Bernama 16/02/2026 | 21:30 MYT Kad berkenaan diserahkan kepada rumah lelong Goldin Auctions yang berpangkalan di New Jersey oleh Logan Paul, seorang pempengaruh media sosial Amerika Syarikat dengan jutaan pengikut. – Foto Instagram @loganpaul NEW YORK: Sekeping kad Pokemon yang jarang ditemui mencatat harga rekod AS$16.492 juta termasuk premium pembeli pada Isnin di New Jersey, menjadikannya kad dagangan Pocket Monster paling mahal pernah dijual dalam lelongan awam, lapor Kyodo News.Kad Pokemon Illustrator itu, yang memaparkan watak kartun ikonik Pikachu, menerima penilaian 10 daripada pengesah kad hobi, iaitu gred tertinggi yang mungkin diberikan.Advertisement Kad itu adalah satu daripada 39 kad ilustrasi yang diberikan kepada pemenang pertandingan melukis anjuran majalah Jepun CoroCoro Comic pada 1998.Kad berkenaan diserahkan kepada rumah lelong Goldin Auctions yang berpangkalan di New Jersey oleh Logan Paul, seorang pempengaruh media sosial Amerika Syarikat dengan jutaan pengikut.Beliau membeli kad itu pada 2021 dengan harga AS$5.27 juta, sekali gus meraih gelaran Rekod Dunia Guinness bagi “kad Pokemon paling mahal dijual melalui jualan persendirian,” menurut laman sesawang Guinness.Pembida berjaya yang memenangi kad Pikachu tersebut yang digantung pada seutas rantai berlian, muncul dalam sesi tontonan siaran langsung lelongan tersebut di saluran YouTube Paul untuk mengambil barangan tersebut.Bagaimanapun, pihak rumah lelong tidak mendedahkan identitinya setakat lelongan berakhir pada pagi Isnin.Sejak kebelakangan ini, pempengaruh media sosial terkenal sering berinteraksi dengan peminat dengan membuka kotak yang mengandungi pelbagai pek kad Pokemon, dengan harapan menemui kad jarang ditemui yang mungkin bernilai ratusan malah ribuan dolar.Menjelang lelongan dalam talian yang bermula pada 5 Jan, Ken Goldin, pengasas dan pemilik rumah lelong itu, memberitahu Kyodo News yang beliau percaya nilai kad tersebut meningkat sejak 2021 dan “tidak akan terkejut” jika bidaan mencecah lebih US$10 juta.Menurut laman sesawang Guinness World Records, kad dagangan sebelum ini yang memegang rekod dunia ialah kad bola keranjang dengan tandatangan Michael Jordan dan Kobe Bryant yang dijual pada harga AS$12.93 juta di Heritage Auctions pada Ogos 2025.– BERNAMA-KYODO Topic Berkaitan #kad Pokemon #Logan Paul #rekod dunia #Pikachu Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 36 minutes ago Malaysia Hujan lebat dua jam, beberapa kawasan di poh dilanda banjir kilat 43 minutes ago Malaysia Bomba sahkan banjir kilat di Kampung Melayu Subang, keadaan terkawal 47 minutes ago Malaysia Keunikan tradisi makan besar lambang perpaduan Malaysia 50 minutes ago Dunia "Semua pilihan terbuka" bagi menentang rampasan tanah Palestin oleh Israel – Pegawai 1 hour ago Sukan Terengganu jelaskan situasi isu sekatan perpindahan 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Kad Pokemon milik Logan Paul dilelong pada harga AS$16.49 juta catat rekod dunia
