LaLiga: Girona lakar kejutan, tumbangkan Barcelona!

LaLiga: Girona lakar kejutan, tumbangkan Barcelona! | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Pas tetap mahu terajui PN – Takiyuddin Malaysia Dua beranak cemas sambut Tahun Baharu Cina, rumah terbakar Politik Pengerusi PN baharu ditentukan Ahad ini – Takiyuddin Advertisement Sukan LaLiga: Girona lakar kejutan, tumbangkan Barcelona! Astro Arena 17/02/2026 | 12:17 MYT Girona melakar kejutan besar dalam saingan LaLiga apabila menewaskan Barcelona 2-1 pagi tadi. – Foto Reuters GIRONA melakar kejutan besar dalam saingan LaLiga apabila menewaskan Barcelona 2-1 di Montilivi awal pagi tadi.Lamine Yamal gagal menyempurnakan sepakan penalti dan skuad kendalian Hansi Flick itu berang dengan gol kontroversi pada lewat permainan, yang mengakibatkan pasukan gergasi Catalan itu keciciran mata penting dalam perebutan kedudukan teratas dengan seteru tradisi, Real Madrid.Advertisement Pelawat menguasai penuh permainan dalam separuh masa pertama dan harus menyalahkan diri sendiri atas beberapa peluang keemasan yang gagal disempurnakan, termasuk sepakan penalti Yamal yang terkena tiang, sehingga terikat tanpa jaringan menuju ke bilik persalinan.Kebuntuan itu hanya terurai pada minit ke-60 apabila Pau Cubarsi menanduk masuk lintangan Jules Kounde sebagai gol pembukaan.Namun, pendahuluan itu hanya bertahan seminit apabila Girona menyamakan kedudukan menerusi tolakan mudah Thomas Lemar, yang memanfaatkan kesilapan Cubarsi.Girona selepas itu tampil lebih dominan dan memaksa penjaga gol, Joan Garcia, bekerja keras mempertahankan benteng Barca tetapi dia akhirnya tewas juga oleh jaringan Fran Beltran pada minit ke-87.Semakan video bantuan pengadil (VAR) menunjukkan ada kekasaran dilakukan ke atas Kounde menjelang jaringan itu tetapi gol berkenaan tetap disahkan, sekali gus mencetuskan amarah di kem Barca.Robert Lewandowski hampir menyamakan kedudukan buat Barca pada penghujung permainan tetapi jaringannya dibatalkan kerana didapati berada di kedudukan ofsaid, sekali gus mengesahkan kejutan Girona. — Stadium Astro Topic Berkaitan #LaLiga #barcelona #Gerona #Lamine Yamal Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Politik Pas tetap mahu terajui PN – Takiyuddin 1 minute ago Malaysia Dua beranak cemas sambut Tahun Baharu Cina, rumah terbakar 19 minutes ago Politik Pengerusi PN baharu ditentukan Ahad ini – Takiyuddin 38 minutes ago Malaysia Kontraktor rugi lebih RM100,000 tawaran tender palsu 1 hour ago Politik Rehatkan sementara Ketua Pesuruhjaya SPRM sehingga siasatan selesai – Akmal Saleh 1 hour ago Malaysia Kerajaan terpaksa tegas pertahan perpaduan, tolak rasisme – PM 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *