Bersatu bahagian Kepala Batas dan Tanjong pula dibubarkan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Pas tetap mahu terajui PN – Takiyuddin Malaysia Dua beranak cemas sambut Tahun Baharu Cina, rumah terbakar Politik Pengerusi PN baharu ditentukan Ahad ini – Takiyuddin Advertisement Politik Bersatu bahagian Kepala Batas dan Tanjong pula dibubarkan Sinar Harian 17/02/2026 | 11:45 MYT Sidang media yang diadakan pada Isnin malam di Bertam, Kepala Batas. – Foto Sinar Harian KEPALA BATAS: Jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kepala Batas dan Tanjong dibubarkan secara rasmi dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sini pada Isnin.Ketua Bersatu Bahagian Kepala Batas, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq berkata, keputusan tersebut dicapai secara bersama oleh kepimpinan kedua-dua bahagian selepas menilai kedudukan semasa parti di peringkat pusat.Advertisement Menurutnya, langkah itu dibuat susulan hilangnya keyakinan akar umbi terhadap keupayaan kepimpinan pusat mengurus parti secara strategik dan inklusif.”Keputusan ini dibuat secara kolektif dan bukan atas dorongan emosi,” katanya pada sidang akhbar di sini pada malam Isnin.Sidang akhbar tersebut turut dihadiri Ketua Bersatu Bahagian Tanjong, Hafizah Md Taib bersama kira-kira 50 ahli termasuk barisan jawatankuasa Armada dan Srikandi dari kedua-dua bahagian.Beliau mendakwa, krisis keyakinan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berada pada tahap membimbangkan sehingga mendorong mereka mengambil keputusan meletakkan jawatan dan keluar parti secara beramai-ramai.”Situasi semasa menunjukkan lebih dua pertiga ketua bahagian dan hampir tiga perempat ahli Parlimen Bersatu di seluruh negara dilihat menyokong Datuk Seri Hamzah Zainuddin.”Perkembangan itu menjadi petunjuk jelas bahawa masalah dalaman parti bukan lagi isu terpencil sebaliknya membabitkan kepercayaan meluas terhadap kepimpinan tertinggi,” ujarnya lagi.Difahamkan, jumlah keahlian berdaftar Bersatu di Kepala Batas dan Tanjong ketika ini melebihi 2,500 orang.Mengulas lanjut, Khaliq yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam percaya beberapa lagi bahagian Bersatu di Pulau Pinang sedang mempertimbangkan tindakan sama dalam masa terdekat.Bagaimanapun katanya, sebarang pengumuman bergantung kepada keputusan kepimpinan bahagian masing-masing.Sebelum ini, media melaporkan dua bahagian Bersatu di Larut dan Lembah Pantai telah membubarkan jawatankuasa masing-masing susulan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti.Dalam perkembangan berkaitan, sebahagian jawatankuasa Bersatu Bahagian Balik Pulau dilaporkan mengadakan sidang akhbar bagi menyatakan pendirian mereka namun perkara itu dinafikan oleh pimpinan bahagian berkenaan. – Sinar Harian Topic Berkaitan #Bersatu #bubar #khaliq mehtab mohd ishaq #Muhyiddin Yassin Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Politik Pas tetap mahu terajui PN – Takiyuddin 1 minute ago Malaysia Dua beranak cemas sambut Tahun Baharu Cina, rumah terbakar 19 minutes ago Politik Pengerusi PN baharu ditentukan Ahad ini – Takiyuddin 38 minutes ago Malaysia Kontraktor rugi lebih RM100,000 tawaran tender palsu 1 hour ago Politik Rehatkan sementara Ketua Pesuruhjaya SPRM sehingga siasatan selesai – Akmal Saleh 1 hour ago Malaysia Kerajaan terpaksa tegas pertahan perpaduan, tolak rasisme – PM 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Bersatu bahagian Kepala Batas dan Tanjong pula dibubarkan
