Cat yang Mengembang Apabila Terbakar: Sains di Sebalik Perlindungan Api

Cat yang Mengembang Apabila Terbakar: Sains di Sebalik Perlindungan Api | MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Tuesday, February 17, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers No Result View All Result No Result View All Result Cat yang Mengembang Apabila Terbakar: Sains di Sebalik Perlindungan Api Cat yang Mengembang Apabila Terbakar: Sains di Sebalik Perlindungan Api by Editor 17/02/2026 in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan 0 0 0 Penulis: Dr. Aslina Anjang Ab Rahman Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Sains Malaysia   Apabila kita memandang dinding bangunan, tiang besi di tempat letak kereta, atau siling di pusat membeli-belah, kebiasaannya kita hanya melihat lapisan cat biasa. Warnanya mungkin putih, kelabu atau krim, sekadar hiasan dan perlindungan daripada karat. Permukaan itu kelihatan statik dan tidak mempunyai fungsi selain daripada mencantikkan struktur. Namun di sebalik rupa yang sederhana itu, sebenarnya mungkin tersembunyi satu teknologi pintar yang jarang disedari orang ramai: cat yang boleh mengembang apabila terdedah kepada haba kebakaran. Dalam dunia sains dan kejuruteraan, teknologi cat ini dikenali sebagai intumescent coating, iaitu satu lapisan perlindungan khas yang direka untuk membantu melambatkan kesan api dan suhu tinggi terhadap struktur bangunan. Apakah Itu Intumescent Coating? Walaupun istilahnya kedengaran teknikal, konsepnya sebenarnya mudah difahami. Intumescent coating ialah sejenis cat atau lapisan pelindung yang akan bertindak balas apabila suhu meningkat secara mendadak, khususnya dalam situasi kebakaran. Berbeza dengan cat biasa yang hanya berfungsi sebagai kemasan permukaan atau perlindungan daripada cuaca, lapisan ini berperanan sebagai perisai haba sementara. Ia tidak kelihatan istimewa dalam keadaan normal, tetapi mempunyai tindak balas kimia yang unik apabila dipanaskan. Apabila api menyentuh permukaan yang disalut dengan lapisan ini, lapisan nipis tersebut akan mula berbuih dan mengembang berkali ganda daripada ketebalan asalnya. Pengembangan ini menghasilkan satu lapisan karbon berliang yang dikenali sebagai char. Lapisan char ini bertindak sebagai penebat haba yang menghalang pemindahan panas secara langsung kepada struktur di bawahnya, sekali gus memperlahankan kenaikan suhu walaupun api masih wujud di permukaan luar. Gambar1: Ujian api ke atas cat intumescent Gambar2: Pengembangan lapisan beberapa kali ganda setelah terdedah kepada api  Sistem Perlindungan Kebakaran: Aktif vs Pasif Dalam bidang keselamatan kebakaran bangunan, terdapat dua pendekatan utama yang sering digunakan iaitu sistem perlindungan kebakaran aktif dan sistem perlindungan kebakaran pasif. Sistem aktif merujuk kepada peralatan atau mekanisme yang perlu diaktifkan semasa kebakaran seperti alat pemadam api, sistem pemercik air, pengesan asap dan penggera kebakaran. Sistem ini biasanya memerlukan tenaga elektrik, tekanan air atau tindakan manusia untuk berfungsi. Sebaliknya, sistem pasif tidak memerlukan sebarang pengaktifan kerana ia telah menjadi sebahagian daripada struktur bangunan itu sendiri. Contohnya termasuk dinding tahan api, pintu tahan api, sekatan ruang, serta lapisan perlindungan seperti intumescent coating. Intumescent coating tergolong dalam sistem perlindungan kebakaran pasif kerana ia sentiasa berada pada tempatnya dan hanya bertindak balas secara automatik apabila suhu meningkat, tanpa perlu dihidupkan atau dikawal secara manual. Mengapa Teknologi Ini Penting? Kepentingan teknologi ini menjadi lebih jelas apabila kita memahami bahawa dalam kebakaran sebenar, masa ialah faktor yang sangat kritikal. Kebakaran tidak berkembang secara perlahan seperti yang sering digambarkan dalam drama, sebaliknya suhu boleh meningkat dengan sangat pantas dalam beberapa minit sahaja. Struktur seperti keluli boleh kehilangan kekuatan mekanikal apabila terdedah kepada suhu tinggi, manakala konkrit juga boleh mengalami retakan akibat tekanan haba. Tanpa perlindungan, struktur boleh menjadi lemah dan berisiko runtuh lebih awal daripada jangkaan. Intumescent coating tidak berfungsi untuk memadamkan api seperti alat pemadam kebakaran, tetapi ia memberikan masa tambahan yang amat berharga. Kelewatan beberapa minit sahaja mampu memberi peluang kepada penghuni bangunan untuk keluar dengan selamat, membolehkan pasukan penyelamat bertindak dengan lebih teratur, serta mengurangkan risiko kerosakan menyeluruh terhadap bangunan. Sains Di Sebalik Teknologi Dari sudut sains, pembangunan lapisan ini melibatkan gabungan pelbagai bidang seperti kimia polimer, sains bahan dan kejuruteraan kebakaran. Di dalam formulasi lapisan tersebut terdapat bahan khas yang direka supaya bertindak balas secara berperingkat apabila terdedah kepada haba. Pada peringkat awal pemanasan, bahan tertentu akan mula terurai dan menghasilkan gas. Gas ini menyebabkan lapisan mengembang dan membentuk struktur buih. Pada masa yang sama, pembentukan rangka karbon berlaku dan menghasilkan lapisan yang lebih tebal serta berfungsi sebagai penghalang haba. Kesemua proses ini berlaku secara automatik tanpa memerlukan tenaga elektrik, sensor atau sistem mekanikal. Ia seolah-olah satu mekanisme pertahanan diri yang telah diprogramkan ke dalam bahan tersebut sejak awal proses pembuatannya. Penggunaan Dalam Pelbagai Sektor Walaupun kelihatan seperti cat biasa, intumescent coating sebenarnya digunakan secara meluas dalam pelbagai sektor penting. Dalam bangunan komersial dan kediaman moden, lapisan ini banyak digunakan pada rasuk, tiang dan kekuda keluli bagi mengekalkan integriti struktur ketika kebakaran. Kelebihan tambahan ialah ia membenarkan kemasan keluli terdedah yang kelihatan moden dan esteti

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *