Krisis BERSATU: PN terkubur, Pas dan parti baharu Hamzah bentuk pakatan baharu – Penganalisis

Krisis BERSATU: PN terkubur, Pas dan parti baharu Hamzah bentuk pakatan baharu – Penganalisis | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Khamis, 19 Februari Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Enam individu berdepan detik cemas kereta dihempap pokok tumbang Malaysia Kuih bakul simbol kemakmuran, kekal relevan setiap tahun Advertisement Politik Krisis BERSATU: PN terkubur, Pas dan parti baharu Hamzah bentuk pakatan baharu – Penganalisis Irfan Faruqi 17/02/2026 | 22:38 MYT Shamsul Amri menjangkakan PN akan terkubur sekiranya BERSATU pimpinan Muhyiddin tidak lagi sehaluan dengan Pas. – Gambar fail/Astro AWANI KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) dijangka terkubur sekiranya BERSATU pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi sehaluan dengan Pas. Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin juga menjangkakan, bekas Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan menubuhkan parti baharu yang akan membentuk gabungan politik baharu bersama Pas. “Tindakan Muhyiddin dan rakan-rakan dalam BERSATU memecat ahli (Hamzah dan 16 pemimpin BERSATU yang lain) secara beramai-ramai ini membolehkan mereka membentuk satu parti baharu. “Pada pandangan saya, tidak cerdik dan tidak cermat… ‘Reset’ yang dimaksudkan oleh Hamzah dan rakan-rakan adalah mewujudkan satu parti yang boleh menandingi BERSATU pada bila-bila masa.“Adapun parti baharu, kalau tidak seiring dengan Pas, habislah. Jika BERSATU sahaja tidak cukup untuk kekal sebagai sebuah Perikatan Nasional (PN). Maka akan adalah koalisi yang baharu (dengan nama baharu). Bagi saya inilah yang mereka fikirkan sebagai ‘reset’,” katanya.Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.Pada Jumaat lalu, 17 pemimpin BERSATU dipecat membabitkan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti, termasuk empat Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).Mereka ialah Timbalan Presiden merangkap Ahli Parlimen Larut dan Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad; Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan; Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob.ADUN Sungai Manik merangkap Ahli MPT, Datuk Zainol Fadzi Paharudin; ADUN Bemban merangkap Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub dan Setiausaha BERSATU Sabah merangkap Ketua BERSATU Libaran, Yunus Nurdin.Selain itu, Ketua BERSATU Teluk Intan Kamaruddin Majid; Ahmad Ishak (Gopeng); Mohd Hassundi Hamzah (Larut) dan Mhod Yunus Mhd Yusop (Tapah); Ahmad Nasir Mid (Selayang); Datuk Zulkifli Bujang (Johor Bahru); Ramlan Meon (Tangga Batu) dan Datuk Abdul Aziz Ismail (Dungun).Turut dipecat ialah Ketua Srikandi Muda BERSATU Sabah, Nabila Norsahar dan Ketua Penerangan BERSATU Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim.Pada Sabtu, Presiden BERSATU menjelaskan pemecatan itu berikutan usaha perdamaian dan menyelamatkan parti menerusi siri pertemuan tidak berhasil. Malah, Muhyiddin mendakwa ada segelintir pihak yang secara berterusan melakukan sabotaj terhadap parti, bertujuan memecah-belahkan BERSATU dan menggagalkan matlamat perjuangan parti.Advertisement Topic Berkaitan #Perikatan Nasional #politik #hamzah zinuddin #Muhyiddin Yassin Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 36 minutes ago Malaysia Enam individu berdepan detik cemas kereta dihempap pokok tumbang 51 minutes ago Malaysia Kuih bakul simbol kemakmuran, kekal relevan setiap tahun 1 hour ago Politik Krisis BERSATU: PN terkubur, Pas dan parti baharu Hamzah bentuk pakatan baharu – Penganalisis 1 hour ago Dunia Tarique Rahman PM baharu Bangladesh, BNP kembali berkuasa selepas 20 tahun 2 hours ago Malaysia Saudara baharu terus raikan Tahun Baharu Cina bersama keluarga, harmoni jadi teras 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *