PDRM umum pertukaran sembilan pegawai kanan

PDRM umum pertukaran sembilan pegawai kanan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Khamis, 19 Februari Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Enam individu berdepan detik cemas kereta dihempap pokok tumbang Malaysia Kuih bakul simbol kemakmuran, kekal relevan setiap tahun Advertisement Malaysia PDRM umum pertukaran sembilan pegawai kanan Bernama 17/02/2026 | 18:16 MYT PDRM mengumumkan pertukaran sembilan pegawai kanannya yang akan berkuat kuasa pada 16 Mac depan. – Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran sembilan pegawai kanannya yang akan berkuat kuasa pada 16 Mac depan.  Setiausaha PDRM DCP Abdul Rahman Kassim berkata mendahului senarai pertukaran ialah Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat CP., Datuk Azman Abd Razak yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas I I Bukit Aman.Advertisement Selain itu, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman DCP Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof akan mengisi jawatan sebagai Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.  “Pertukaran turut melibatkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor SAC Hoo Chuan Huat yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat DCP,” katanya dalam kenyataan hari ini.  Abdul Rahman berkata tempat Hoo akan diambil alih oleh Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi) Johor ACP Mohd Zairi Badderul @ Badrol dengan memangku pangkat SAC.  Sementara itu, Ketua JSJ Melaka ACP Zaihairul Idrus ditukarkan sebagai Timbalan Ketua Polis Perlis dengan memangku pangkat SAC.  Ketua Penolong Pengarah (Risikan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman ACP Amran Md Jusin pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan) JSJK Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.  Sementara itu, Penolong Pengarah (D3) Risikan/Operasi ATIPSOM JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC., ACP Fauzi Mohd Yusof dilantik sebagai Ketua Kawalan dan Risikan/Operasi (KKPS) ICQS Bukit Kayu Hitam, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak ACP Lee King Chuan pula bertukar ke AKPS sebagai Pengarah Bahagian Siasatan dan Pendakwaan dengan memangku pangkat SAC.  “Turut bertukar ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Superintenden Chua Kok Lian yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak dengan memangku pangkat ACP,” katanya.  — BERNAMA Topic Berkaitan #PDRM #pertukaran pegawai #Setiausaha PDRM #bukit aman #JSJ #JSJN #AKPS Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 36 minutes ago Malaysia Enam individu berdepan detik cemas kereta dihempap pokok tumbang 51 minutes ago Malaysia Kuih bakul simbol kemakmuran, kekal relevan setiap tahun 1 hour ago Politik Krisis BERSATU: PN terkubur, Pas dan parti baharu Hamzah bentuk pakatan baharu – Penganalisis 1 hour ago Dunia Tarique Rahman PM baharu Bangladesh, BNP kembali berkuasa selepas 20 tahun 2 hours ago Malaysia Saudara baharu terus raikan Tahun Baharu Cina bersama keluarga, harmoni jadi teras 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *