Sekat akses media sosial 16 tahun ke bawah lebih selamat berbanding ‘firewall’ sahaja – Penganalisis | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Khamis, 19 Februari Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Enam individu berdepan detik cemas kereta dihempap pokok tumbang Malaysia Kuih bakul simbol kemakmuran, kekal relevan setiap tahun Advertisement Malaysia Sekat akses media sosial 16 tahun ke bawah lebih selamat berbanding ‘firewall’ sahaja – Penganalisis Irfan Faruqi 17/02/2026 | 21:16 MYT Mohamad Fauzan berkata sekatan akses media sosial kepada remaja berusia 16 tahun ke bawah lebih menjamin keselamatan dan keberkesanan dasar. – Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Sekatan akses media sosial kepada remaja berusia 16 tahun ke bawah lebih menjamin keselamatan dan keberkesanan dasar. Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin berkata, sebarang sekatan digital boleh ditembusi oleh pihak asing yang seterusnya mendedahkan anak-anak kepada bahaya yang cuba dihalang. “Kalau kita sekat satu pautan. Esok akan ada pautan baharu. Jika kita sekat satu aplikasi, nanti akan ada aplikasi yang lain. “Kita sekat suatu saluran, akan ada saluran lain. Kita letak tembok sekatan (firewall) apa pun akan ada orang yang boleh tembus. “Oleh itu, yang mudah ialah kita letak sekatan pukal terhadap semua individu berusia 16 tahun,” katanya. Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.Dalam pada itu, Ketua Ekonomi Wawasanex, Adli Amirullah berkata, masih ada ruang untuk membincangkan had umur bagi pelaksanaan sekatan akses media sosial ini.“Kesatuan Eropah (EU) tidak letak had umur 16 tahun secara pukal. Mereka tetapkan usia matang digital pada 16 tahun, tetapi negara-negara terpilih boleh turunkan had usia itu kepada 13 tahun. Ada kerangka-kerangka yang telah dilaksanakan di negara-negara maju yang boleh dipelajari Malaysia. “Bagi saya, akan ada pengguna-pengguna jahat yang buat pautan dan platform baharu. Saya bimbang jika kita halang remaja daripada akses kepada platform media sosial yang terkawal, mereka akan akses platform-platform yang lebih berbahaya,” ujarnya.Pada November lalu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan keselamatan kanak-kanak di ruang digital dengan larangan pembukaan akaun media sosial kepada individu bawah 16 tahun mulai tahun ini.Menurutnya, langkah tersebut adalah berasaskan keputusan Kabinet bagi mengekang aktiviti jenayah siber rentas umur serta melindungi kanak-kanak daripada risiko pemangsa seksual.Tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, kerajaan menjangkakan semua platform media sosial dapat mematuhi ketetapan baharu itu dalam tempoh yang ditetapkan selaras usaha memperkukuh keselamatan digital negara.Advertisement Topic Berkaitan #MEDIA SOSIAL #sekatan akses #remaja #undang-undang Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 40 minutes ago Malaysia Enam individu berdepan detik cemas kereta dihempap pokok tumbang 55 minutes ago Malaysia Kuih bakul simbol kemakmuran, kekal relevan setiap tahun 1 hour ago Politik Krisis BERSATU: PN terkubur, Pas dan parti baharu Hamzah bentuk pakatan baharu – Penganalisis 1 hour ago Dunia Tarique Rahman PM baharu Bangladesh, BNP kembali berkuasa selepas 20 tahun 2 hours ago Malaysia Saudara baharu terus raikan Tahun Baharu Cina bersama keluarga, harmoni jadi teras 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Sekat akses media sosial 16 tahun ke bawah lebih selamat berbanding ‘firewall’ sahaja – Penganalisis
