Mayat pelajar warga Myanmar dijumpai terdampar di Pantai Batu Buruk

Mayat pelajar warga Myanmar dijumpai terdampar di Pantai Batu Buruk | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Solat tarawih pertama Ramadan: Suasana kerohanian, perkhidmatan bersepadu di Masjidil Haram Politik 4 bahagian Bersatu Perak didakwa dibubar Malaysia Bunuh lima sekeluarga: Jenazah kanak-kanak dibedah siasat pada hari lahir Advertisement Malaysia Mayat pelajar warga Myanmar dijumpai terdampar di Pantai Batu Buruk Sinar Harian 18/02/2026 | 08:00 MYT Mayat mangsa ditemukan terdampar di Pantai Batu Buruk oleh pasukan penyelamat awal pagi ini. – Foto Sinar Harian KUALA TERENGGANU: Pelajar warga Myanmar yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk di sini pada Isnin lalu ditemukan pasukan penyelamat awal pagi ini selepas dilaporkan hilang lebih 36 jam.Mayat mangsa, Sithu Moe Lwin, 18, ditemukan terdampar di pesisir pantai berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi oleh pasukan penyelamat ketika melakukan rondaan menggunakan kenderaan lasak pelbagai permukaan (ATV).Advertisement Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Thoyyibah Taib berkata, mayat pelajar Kolej INTI International University itu dijumpai pada jarak 350 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.”Mayat mangsa dijumpai terdampar di pesisir pantai dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.”Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan sejak Isnin lalu ditamatkan jam jam 3.29 pagi pada Rabu,” katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.Terdahulu, usaha pencarian pelajar Kolej INTI International University cawangan Nilai, Negeri Sembilan tersebut telah diperluas merangkumi kawasan sepanjang tujuh kilometer sehingga ke Pantai Pandak.Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang ketika sedang mandi-manda di pantai berkenaan sebelum pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan pada jam 12.19 tengah hari pada Isnin.Pegawai Pengurusan Operasi dan Balai Bahagian Operasi Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu, Baharum Muhamad Hasim berkata, kejadian itu melibatkan sekumpulan empat remaja di mana tiga daripada terselamat.Beliau berkata, empat pelajar iaitu dua lelaki dan dua perempuan datang ke lokasi kejadian untuk mandi-manda dimana tiga daripadanya merupakan warga asing dan seorang pelajar tempatan.Kejadian menimpa mangsa mendapat perhatian ramai memandangkan Pantai Batu Buruk merupakan lokasi tumpuan orang ramai, namun sering berdepan risiko ombak besar dan arus deras. – Sinar Harian  Topic Berkaitan #pelajar warga Myanmar #lemas #pantai batu buruk #pelajar IPTS Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Solat tarawih pertama Ramadan: Suasana kerohanian, perkhidmatan bersepadu di Masjidil Haram 8 minutes ago Politik 4 bahagian Bersatu Perak didakwa dibubar 23 minutes ago Malaysia Bunuh lima sekeluarga: Jenazah kanak-kanak dibedah siasat pada hari lahir 38 minutes ago Politik Azmin nafi empat bahagian Bersatu dibubarkan 51 minutes ago Malaysia Perubahan waktu operasi kaunter LHDN sempena Ramadan 1 hour ago Malaysia Bunuh lima sekeluarga: Saksi terdengar pertengkaran sebelum insiden – Polis 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *