Bunuh lima sekeluarga: Jenazah kanak-kanak dibedah siasat pada hari lahir

Bunuh lima sekeluarga: Jenazah kanak-kanak dibedah siasat pada hari lahir | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Solat tarawih pertama Ramadan: Suasana kerohanian, perkhidmatan bersepadu di Masjidil Haram Politik 4 bahagian Bersatu Perak didakwa dibubar Malaysia Bunuh lima sekeluarga: Jenazah kanak-kanak dibedah siasat pada hari lahir Advertisement Malaysia Bunuh lima sekeluarga: Jenazah kanak-kanak dibedah siasat pada hari lahir Sinar Harian 18/02/2026 | 13:30 MYT Nur Sumayyah Humairah yang dilahirkan pada 18 Februari 2024 antara mangsa yang disyaki dibunuh bapa kandung dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu. KUANTAN: Proses bedah siasat ke atas salah seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki dibunuh bersama empat ahli keluarga di Taman Cerating Damai, di sini dilakukan pada hari jadinya yang kedua pada Rabu.Nur Sumayyah Humairah yang dilahirkan pada 18 Februari 2024 antara mangsa yang disyaki dibunuh bapa kandung dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu.Advertisement Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, proses bedah ke atas mangsa bersama jenazah kakaknya, Saffiyah Humairah, 5 dan nenek mereka, Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56, dijangka selesai selepas jam 1 tengah hari.Menurutnya, mayat bapa kanak-kanak terbabit dibedah siasat jam 4 petang semalam manakala ibu mereka, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, dibedah siasat jam 8.30 malam hari yang sama.Semua jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cerating, di sini.Sementara itu, mengulas lanjut kejadian tragis itu, Ashari berkata, berdasarkan keterangan awal saksi kejadian iaitu adik bongsu suspek, dia terdengar bunyi bising orang bertengkar kira-kira jam 7 pagi.”Remaja lelaki berusia 15 tahun itu keluar dari biliknya dan mendapati dinding bilik tidur utama yang didiami saspek dan keluarga terdapat kesan percikan darah.”Saksi itu juga mendapati ibunya terbaring dalam keadaan berlumuran darah sebelum menjerit meminta bantuan bapa saudaranya yang berada di belakang kawasan perumahan yang sama,” katanya.Ashari berkata, setelah tiba di rumah itu, bapa saudaranya mendapati kesemua mangsa dan saspek berada dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.”Siasatan di tempat kejadian mendapati saspek menikam isteri terlebih dahulu dan kemudian menikam ibunya seterusnya mengelar dua anaknya sebelum menikam diri sendiri.”Sebilah pisau berukuran 29 sentimeter turut ditemui di lokasi,” katanya. – Sinar Harian   Topic Berkaitan #kes bunuh lima sekeluarga #kes bunuh cherating #motif pembunuhan #kanak-kanak maut dibunuh Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Solat tarawih pertama Ramadan: Suasana kerohanian, perkhidmatan bersepadu di Masjidil Haram 7 minutes ago Politik 4 bahagian Bersatu Perak didakwa dibubar 23 minutes ago Malaysia Bunuh lima sekeluarga: Jenazah kanak-kanak dibedah siasat pada hari lahir 38 minutes ago Politik Azmin nafi empat bahagian Bersatu dibubarkan 51 minutes ago Malaysia Perubahan waktu operasi kaunter LHDN sempena Ramadan 1 hour ago Malaysia Bunuh lima sekeluarga: Saksi terdengar pertengkaran sebelum insiden – Polis 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *