Bunuh lima sekeluarga: Saksi terdengar pertengkaran sebelum insiden – Polis | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia AI, dron digunakan untuk cerapan anak bulan Ramadan di UAE Malaysia Ribut petir, hujan lebat berpanjangan dijangka landa Sabah, Sarawak Dunia Solat tarawih pertama Ramadan: Suasana kerohanian, perkhidmatan bersepadu di Masjidil Haram Advertisement Malaysia Bunuh lima sekeluarga: Saksi terdengar pertengkaran sebelum insiden – Polis Bernama 18/02/2026 | 12:04 MYT Siasatan awal polis mendapati suspek mencederakan isteri, Nurul Asshiykin, terlebih dahulu dan kemudian ibunya Tuan Kamaria, seterusnya dua anak perempuan mereka sebelum mencederakan diri serta turut maut. –fotoBERNAMA KUANTAN: Saksi kejadian dalam kes lima sekeluarga maut di kawasan perumahan Cerating Damai, di sini semalam terdengar bunyi pertengkaran sebelum insiden menyayat hati itu berlaku. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata saksi yang juga adik bongsu suspek memaklumkan kejadian itu didengari kira-kira 7 pagi semasa dia berada di bilik tidur. Advertisement “Apabila saksi keluar bilik dan menoleh ke arah dapur, didapati ibunya dalam keadaan berlumuran darah dan menjerit supaya dia pergi meminta bantuan bapa saudaranya yang berada di belakang kawasan perumahan sama.“Saksi kemudian meminta bantuan bapa saudaranya dan setelah tiba di rumah, didapati kesemua mangsa dan suspek berada dalam keadaan berlumuran darah serta tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata rumah berkenaan didiami lapan ahli keluarga termasuk suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, isteri seorang suri rumah, dua anak perempuan, ibu serta tiga adik lelakinya, namun semasa kejadian hanya terdapat enam ahli keluarga. Ashari berkata semakan mendapati suspek yang berusia 32 tahun tiada sebarang rekod rawatan mental atau kesalahan lampau.Beliau berkata siasatan awal di tempat kejadian mendapati suspek telah mencederakan isteri, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, terlebih dahulu dan kemudian ibunya Tuan Kamaria Tuan Puteh, 55, seterusnya dua anak perempuan Nur Saffiyah Humairah, 4, dan Nur Sumayyah Humairah, 2, sebelum mencederakan diri serta turut maut.Kesan kecederaan terhadap mangsa ditemukan antaranya di bahagian tangan, telinga dan leher manakala polis turut merampas sebilah pisau berukuran 29 sentimeter di lokasi kejadian. Difahamkan, bedah siasat terhadap suspek dan isteri telah dijalankan semalam manakala ibu dan dua anaknya bersambung 9 pagi tadi. — BERNAMA Topic Berkaitan #bunuh lima sekeluarga #pertengkaran #Cerating Damai #Ashari Abu Samah Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia AI, dron digunakan untuk cerapan anak bulan Ramadan di UAE 5 minutes ago Malaysia Ribut petir, hujan lebat berpanjangan dijangka landa Sabah, Sarawak 31 minutes ago Dunia Solat tarawih pertama Ramadan: Suasana kerohanian, perkhidmatan bersepadu di Masjidil Haram 1 hour ago Politik 4 bahagian Bersatu Perak didakwa dibubar 1 hour ago Malaysia Bunuh lima sekeluarga: Jenazah kanak-kanak dibedah siasat pada hari lahir 1 hour ago Politik Azmin nafi empat bahagian Bersatu dibubarkan 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Bunuh lima sekeluarga: Saksi terdengar pertengkaran sebelum insiden – Polis
