Noor Ruwena dilantik ketuai Mahkamah Rasuah baharu

Noor Ruwena dilantik ketuai Mahkamah Rasuah baharu | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Daniel Ting berdepan detik cemas, penyokong Persib Bandung masuk padang, lempar objek Malaysia Sukan Olimpik Musim Sejuk: Atlet Malaysia tamatkan kempen di tempat ke-44 Teknologi Humain tingkat pengaruh AI global, salur AS$3 bilion kepada xAI Advertisement Malaysia Noor Ruwena dilantik ketuai Mahkamah Rasuah baharu Astro AWANI 19/02/2026 | 13:52 MYT Noor Ruwena Md Nurdin dilantik mengetuai Mahkamah Tinggi Rasuah Khas Kuala Lumpur yang baharu. KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Noor Ruwena Md Nurdin dilantik mengetuai Mahkamah Tinggi Rasuah Khas Kuala Lumpur yang baharu, berkuat kuasa 1 April depan.Arahan Pertukaran Hakim Mahkamah Tinggi Malaya itu dinyatakan dalam Pekeliling Bilangan 3/2026 yang ditandatangani Hakim Besar Malaya, Datuk Hashim Hamzah, dan disiarkan di laman sesawang Badan Peguam Malaysia.Advertisement Dalam arahan pertukaran itu, turut dimaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Aslam Zainuddin akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, manakala Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Noor Hisham Ismail akan menggantikan beliau di Shah Alam.”Semua hakim perlu menyelesaikan semua kes yang sedang didengar sebelum Perintah Pertukaran ini berkuat kuasa.”Sekiranya tidak dapat diselesaikan, senarai kes sambung bicara itu perlu dikemukakan kepada saya untuk arahan dengan menyatakan peringkat perbicaraan kes-kes itu.”Pegawai Pengurus Pusat Tanggungjawab yang terbabit hendaklah mengemukakan Penyata Perubahan (Kew 8) berkaitan dengan Arahan Penempatan ini kepada pihak yang berkenaan,” katanya dalam pekeliling itu.Hashim berkata, perintah pertukaran berkenaan sudah mendapat kelulusan Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.Pada 20 Januari lalu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia mengumumkan penubuhan Mahkamah Tinggi Rasuah Khas bagi mendengar kes rasuah serta rayuan daripada Mahkamah Sesyen Rasuah Khas.Langkah itu mendapat kelulusan Ketua Hakim Malaya dan Ketua Hakim Negara.Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, ketika pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 pada 19 Januari lalu, bertitah mengenai keperluan melantik hakim berpengalaman serta mewujudkan laluan khusus bagi memastikan kes rasuah dapat diselesaikan dengan segera.Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, inisiatif itu mencerminkan komitmen badan kehakiman terhadap integriti serta pengendalian kes rasuah secara cekap, telus dan berkesan.Ketika ini, sebanyak 14 Mahkamah Sesyen Khas Rasuah beroperasi di seluruh negara dengan sasaran menyelesaikan setiap kes dalam tempoh setahun dari tarikh pendaftaran. Topic Berkaitan #mahkamah tinggi khas rasuah #Mahkamah Rasuah #Noor Ruwena Md Nurdin #yang dipertuan agong Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Daniel Ting berdepan detik cemas, penyokong Persib Bandung masuk padang, lempar objek few seconds ago Malaysia Sukan Olimpik Musim Sejuk: Atlet Malaysia tamatkan kempen di tempat ke-44 9 minutes ago Teknologi Humain tingkat pengaruh AI global, salur AS$3 bilion kepada xAI 15 minutes ago Malaysia Noor Ruwena dilantik ketuai Mahkamah Rasuah baharu 30 minutes ago Teknologi Universiti India dikecam dakwa 'robodog' China sebagai ciptaan sendiri 31 minutes ago Malaysia Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid meninggal dunia 55 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *