Universiti India dikecam dakwa 'robodog' China sebagai ciptaan sendiri | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Daniel Ting berdepan detik cemas, penyokong Persib Bandung masuk padang, lempar objek Malaysia Sukan Olimpik Musim Sejuk: Atlet Malaysia tamatkan kempen di tempat ke-44 Teknologi Humain tingkat pengaruh AI global, salur AS$3 bilion kepada xAI Advertisement Teknologi Universiti India dikecam dakwa 'robodog' China sebagai ciptaan sendiri Astro AWANI 19/02/2026 | 13:51 MYT Penganjur mengarahkan Galgotias University mengosongkan reruai pamerannya serta-merta selepas penonton mengenal pasti robot empat kaki itu sebagai Unitree Go2, produk komersial keluaran syarikat China, Unitree Robotics. -Foto Reuters NEW DELHI: Sebuah universiti swasta di India berdepan kecaman hebat selepas didakwa cuba mempersembahkan anjing robot buatan China sebagai ciptaan sendiri pada India AI Impact Summit 2026.Penganjur mengarahkan Galgotias University mengosongkan reruai pamerannya serta-merta selepas penonton mengenal pasti robot empat kaki itu sebagai Unitree Go2, produk komersial keluaran syarikat China, Unitree Robotics.Advertisement Kontroversi tercetus apabila video tular menunjukkan pensyarah, Neha Singh, mendakwa robot dinamakan “Orion” itu dibangunkan di pusat kecemerlangan universiti berkenaan.Pengguna media sosial segera mengenal pasti robot tersebut sebagai Unitree Go2, yang dijual pada harga sekitar Rs2 hingga Rs3 lakh (sekitar RM11,200 hingga RM18,000) di India.Susulan kecaman, pihak universiti menegaskan mereka tidak pernah mendakwa membina robot tersebut, sebaliknya ia digunakan sebagai alat pembelajaran.Menurut sumber, bekalan elektrik ke reruai pameran Galgotias turut dipotong sebelum kakitangan diarahkan mengosongkan kawasan pameran.Jurucakap universiti, Nitin Kumar Gaur, menjelaskan kekeliruan berpunca daripada penggunaan istilah “develop” (bangunkan) dan “development” (pembangunan) oleh wakil mereka, sambil menegaskan robot berkenaan dibeli untuk tujuan penyelidikan pelajar.Universiti kemudian mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf dan menyifatkan wakil bertugas sebagai “kurang dimaklumkan” mengenai asal‑usul produk tersebut.Insiden tersebut turut mencetuskan reaksi politik apabila parti pembangkang India mengecam kerajaan kerana membiarkan kejadian itu, yang disifatkan sebagai memalukan dan menjejaskan imej negara.Walaupun diarah berundur, reruai universiti itu dilapor masih dibuka pada awal pagi Rabu ketika pegawai menjawab pertanyaan media. Topic Berkaitan #Galgotias University #Unitree Go2 #skandal robot India #India AI Impact Summit #robot China Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Daniel Ting berdepan detik cemas, penyokong Persib Bandung masuk padang, lempar objek few seconds ago Malaysia Sukan Olimpik Musim Sejuk: Atlet Malaysia tamatkan kempen di tempat ke-44 9 minutes ago Teknologi Humain tingkat pengaruh AI global, salur AS$3 bilion kepada xAI 15 minutes ago Malaysia Noor Ruwena dilantik ketuai Mahkamah Rasuah baharu 30 minutes ago Teknologi Universiti India dikecam dakwa 'robodog' China sebagai ciptaan sendiri 31 minutes ago Malaysia Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid meninggal dunia 55 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Universiti India dikecam dakwa 'robodog' China sebagai ciptaan sendiri
