Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid meninggal dunia | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik 'Tiada bahagian Bersatu Johor terbubar' – Dr Sahruddin Dunia Tular: Bojan Hodak tahan penyokong Persib Bandung masuk padang Dunia Pelancongan Hat Yai catat tanda pemulihan, Tahun Baharu Cina tarik 50,000 pelawat Advertisement Malaysia Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid meninggal dunia Astro AWANI 19/02/2026 | 13:27 MYT Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meninggal dunia pada usia 84 tahun dan jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Asar, hari ini. – Foto/ Astro AWANI KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meninggal dunia pada usia 84 tahun, hari ini.Perkara itu disahkan dalam satu kenyataan rasmi keluarga, namun butiran lanjut mengenai punca kematian Allahyarham belum didedahkan.Advertisement Difahamkan jenazah Allahyarham masih berada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), dan proses pengebumian dijangka selepas solat Asar.Tun Abdul Hamid dikenali atas sumbangan beliau yang besar kepada sistem kehakiman negara dan peranan beliau dalam memperkukuh integriti serta tadbir urus badan kehakiman Malaysia sepanjang kerjayanya.Allahyarham dilahirkan pada 18 April 1942 di Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang.Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Keladi dan menengah di St. Xavier’s Institution sebelum memperoleh ijazah perundangan dari Universiti Singapura pada 1969.Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan kehakiman sebagai majistret di Kangar, Perlis dan Tapah, Perak, serta menyandang pelbagai jawatan penting termasuk Penolong Pengarah Biro Bantuan Guaman, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Ketua Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara.Abdul Hamid dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990, Hakim Mahkamah Tinggi pada 1992, Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 September 2000 dan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 Ogos 2003.Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada usia 65 tahun.Astro AWANI akan membawakan perkembangan terkini perjalanan terakhir Allahyarham di semua platform digital dan saluran 501. Topic Berkaitan #Bekas Ketua Hakim Negara #tun abdul hamid mohamad #meninggal dunia #Tun Abdul Hamid meninggal dunia Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Politik 'Tiada bahagian Bersatu Johor terbubar' – Dr Sahruddin few seconds ago Dunia Tular: Bojan Hodak tahan penyokong Persib Bandung masuk padang 7 minutes ago Dunia Pelancongan Hat Yai catat tanda pemulihan, Tahun Baharu Cina tarik 50,000 pelawat 15 minutes ago Malaysia MM2H bukti Malaysia terbuka kepada dunia, tadbir urus lebih kukuh – Tiong King Sing 23 minutes ago Teknologi Google perkenal AI Lyria 3 dengan kawalan vokal, tempo dan gaya muzik 39 minutes ago Malaysia Daniel Ting berdepan detik cemas, penyokong Persib Bandung masuk padang, lempar objek 59 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid meninggal dunia
