Rayuan Jovian Mandagie ketepikan perintah kebankrapan ditolak

Rayuan Jovian Mandagie ketepikan perintah kebankrapan ditolak | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Anggota tentera sedang ikuti kursus kru Armor meninggal dunia Malaysia Zakry hasrat lahir satu lagi beregu wanita berkelas dunia Dunia Los Angeles fail saman terhadap Roblox berhubung dakwaan eksploitasi kanak-kanak Advertisement Malaysia Rayuan Jovian Mandagie ketepikan perintah kebankrapan ditolak Bernama 20/02/2026 | 13:38 MYT Jovian disaman oleh Cekap Air pada 16 Mei 2023 selepas didakwa gagal membayar semula wang RM5 juta yang dipinjamkan atas dasar pinjaman persahabatan dan pengarah syarikat itu, Yong Zhen Wei ialah kenalan kepadanya. – Foto Sinar Harian KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie untuk mengetepikan perintah kebankrapan terhadapnya selepas gagal melunaskan pinjaman persahabatan berjumlah RM5.28 juta termasuk faedah kepada syarikat pembinaan kejuruteraan Cekap Air Sdn Bhd.Peguam Siti Nur Athirazatti Rohizad yang mewakili Cekap Air berkata mahkamah turut menolak pemohonan Jovian untuk menggantung perintah kebankrapan berkenaan.Advertisement “Mahkamah menolak rayuan bagi mengetepikan petisyen pemiutang dan untuk menggantung perintah kebankrapan dengan kos berjumlah RM10,000,” katanya kepada pemberita selepas prosiding di dalam kamar Hakim Jamhirah Ali.Pada 3 Julai tahun lepas, Penolong Kanan Pendaftar Muhammad Faisal Zulkifli mengeluarkan perintah kebankrapan selepas membenarkan petisyen pemiutang yang difailkan syarikat berkenaan pada 20 Nov 2024.Sebelum itu, pada 21 Mei 2024, Cekap Air memfailkan notis kebankrapan selepas Jovian gagal mematuhi penghakiman terus yang diberikan mahkamah pada 2 April tahun sama.Berdasarkan petisyen kebankrapan pemiutang, syarikat berkenaan memohon satu perintah kebankrapan terhadap Jovian selaku penghutang kerana gagal membayar RM5,284,340.66 juta termasuk faedah seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi.Pada 2 April 2024, Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin mengarahkan Jovian membayar pinjaman persahabatan terbabit selepas membenarkan permohonan Cekap Air selaku plaintif untuk memasukkan penghakiman terus terhadap pereka fesyen itu.Penghakiman terus diperoleh apabila mahkamah memutuskan kes melalui hujahan bertulis tanpa perbicaraan penuh dan memanggil saksi.Jovian disaman oleh Cekap Air pada 16 Mei 2023 selepas didakwa gagal membayar semula wang RM5 juta yang dipinjamkan atas dasar pinjaman persahabatan dan pengarah syarikat itu, Yong Zhen Wei ialah kenalan kepadanya.Cekap Air mendakwa syarikat itu telah meminjamkan RM5 juta kepada Jovian atas permintaan lisan Jovian pada 25 Feb 2022 dengan memindahkan wang berkenaan ke akaun pelanggan firma guaman yang mewakili pereka fesyen itu dan ia perlu dilunaskan dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan.Plaintif mendakwa pinjaman itu diberikan dan dilakukan secara lisan serta kasual kerana plaintif dan defendan ialah kenalan dan tidak ada sebab untuk meragui Jovian kerana beliau memiliki beberapa perniagaan lain.Bagaimanapun, plaintif mendakwa defendan telah memungkiri perjanjian pinjaman terbabit dan hingga kini gagal membayar semula atau memulangkan kembali wang berkenaan menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian. Jovian telah memfailkan pernyataan pembelaan pada 20 Jun 2023.– BERNAMA Topic Berkaitan #Mahkamah Tinggi #Cekap Air #jovian mandagie #bankrap Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Microsleep sumbang 20 peratus kemalangan jalan raya – MIROS 1 minute ago Malaysia Anggota tentera sedang ikuti kursus kru Armor meninggal dunia 2 minutes ago Malaysia Zakry hasrat lahir satu lagi beregu wanita berkelas dunia 11 minutes ago Dunia Los Angeles fail saman terhadap Roblox berhubung dakwaan eksploitasi kanak-kanak 26 minutes ago Bisnes Sektor perbankan Malaysia berpotensi raih dividen kukuh, aliran masuk dana asing – MBSB 33 minutes ago Dunia Jerung ditemukan di Antartika buat pertama kali 41 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *