Microsleep sumbang 20 peratus kemalangan jalan raya – MIROS

Microsleep sumbang 20 peratus kemalangan jalan raya – MIROS | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Anggota tentera sedang ikuti kursus kru Armor meninggal dunia Malaysia Zakry hasrat lahir satu lagi beregu wanita berkelas dunia Dunia Los Angeles fail saman terhadap Roblox berhubung dakwaan eksploitasi kanak-kanak Advertisement Malaysia Microsleep sumbang 20 peratus kemalangan jalan raya – MIROS Bernama 20/02/2026 | 15:10 MYT Siti Zaharah (kanan) ketika ditemubual pada program Apa Khabar Malaysia bertajuk ‘Microsleep – urus keletihan, kurangkan kemalangan’ di Bernama TV hari ini. –fotoBERNAMA KUALA LUMPUR: Sindrom tertidur seketika semasa memandu atau microsleep menjadi antara penyumbang utama kepada statistik kemalangan jalan raya di negara ini, dengan kira-kira 20 peratus kes termasuk kematian dilaporkan setiap tahun. Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Prof Madya Dr Siti Zaharah Ishak berkata microsleep berlaku akibat keletihan dan kelesuan selain dipengaruhi jam biologi tubuh khususnya ketika musim perayaan yang melibatkan perjalanan jauh, tempoh pemanduan terlalu lama serta perubahan corak pemanduan.Advertisement “Microsleep ini berlaku apabila kita memandu dalam keadaan tanpa sedar untuk seketika. Kadang-kadang kita kenal pasti juga pemandu yang mengalami microsleep dalam keadaan mata terbuka namun dalam keadaan tidak sedar antara dua hingga 10 saat,” katanya pada program Apa Khabar Malaysia bertajuk ‘Microsleep- Urus Keletihan, Kurangkan Kemalangan’ di Bernama TV, hari ini.Siti Zaharah berkata risiko kemalangan meningkat ketara pada musim perayaan berikutan pertembungan dengan cuti sekolah yang berdasarkan unjuran Lembaga Lebuhraya Malaysia menunjukkan lebih dua juta pergerakan kenderaan di lebuh raya sepanjang tempoh itu.Beliau berkata antara simptom awal gejala microsleep ialah pemandu kerap mengubah posisi duduk serta momentum kelajuan kenderaan yang tidak konsisten, sekali gus menuntut mereka mendapatkan rehat yang cukup, merancang masa perjalanan menggunakan aplikasi dan berhenti sekiranya mengantuk.“Secara purata manusia memerlukan tujuh jam tidur bagi memastikan badan benar-benar segar namun kualiti tidur lebih penting berbanding tempohnya. Sekiranya mengantuk ketika memandu, pemandu dinasihatkan berhenti dan berehat di Kawasan Rehat dan Rawat di sepanjang lebuh raya,” katanya.Selain itu beliau juga menyarankan pemandu membuka tingkap seketika bagi mendapatkan udara segar, berinteraksi dengan kenderaan lain seperti menyalakan lampu tinggi atau membunyikan hon sekiranya mengalami keletihan yang juga boleh membantu menyedarkan pemandu lain yang mungkin berdepan gejala sama. Siti Zaharah berkata MIROS menjalankan penilaian teknologi kenderaan termasuk mengenal pasti Sistem Bantuan Pemandu Termaju pada kenderaan baharu yang dilengkapi amaran keluar lorong dan sistem brek kecemasan automatik bagi meningkatkan tahap keselamatan dan mengubah tingkah laku pemanduan.– BERNAMA   Topic Berkaitan #microsleep #MIROS #Siti Zaharah Ishak #pemanduan #kemalangan #keletihan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Microsleep sumbang 20 peratus kemalangan jalan raya – MIROS 1 minute ago Malaysia Anggota tentera sedang ikuti kursus kru Armor meninggal dunia 2 minutes ago Malaysia Zakry hasrat lahir satu lagi beregu wanita berkelas dunia 11 minutes ago Dunia Los Angeles fail saman terhadap Roblox berhubung dakwaan eksploitasi kanak-kanak 26 minutes ago Bisnes Sektor perbankan Malaysia berpotensi raih dividen kukuh, aliran masuk dana asing – MBSB 33 minutes ago Dunia Jerung ditemukan di Antartika buat pertama kali 41 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *