RUU pisah peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, had tempoh jawatan PM dibentang Isnin ini | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Nahas jalan raya di timur laut Mesir ragut 18 nyawa, tiga cedera Malaysia Anwar mahu RUU had tempoh Perdana Menteri diluluskan segera di Parlimen Politik 'Permohonan ahli Bersatu kembali kepada UMNO diputuskan MKT' – Ahmad Maslan Advertisement Malaysia RUU pisah peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, had tempoh jawatan PM dibentang Isnin ini Astro AWANI 20/02/2026 | 12:45 MYT Menurut Azalina (foto), mesyuarat jemaah menteri pada 30 Januari lalu telah bersetuju secara prinsip dengan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi kedua-dua cadangan. -Foto fail/Bernama KUALA LUMPUR: Bacaan Pertama Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi cadangan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri akan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said pada Isnin di Dewan Rakyat.Menurut Azalina, mesyuarat jemaah menteri pada 30 Januari lalu telah bersetuju secara prinsip dengan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi kedua-dua cadangan.Advertisement “Bacaan kedua akan dibentang pada 2 Mac bagi RUU Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya manakala Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan RUU Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri pada 3 Mac,” kata Azalina pada taklimat media, di sini, hari iniCadangan ini bertujuan memastikan pendakwaan bebas dan profesional manakala cadangan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri adalah untuk memastikan peralihan kuasa teratur dan tadbir urus berperlembagaan.Pengasingan kuasa pendakwaan akan diberi kepada Pendakwa Raya manakala Peguam Negara berkuasa untuk menasihati kerajaan bagi perkara selain jenayah.Pelantikan Pendakwa Raya akan melalui Yang di-Pertuan Agong (YDPA) atas syor Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.Manakala cadangan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri dihadkan kepada agregat 10 tahun secara keseluruhan sama ada secara berterusan atau tidak.Pada 5 Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa amanat Tahun 2026 di Jabatan Perdana Menteri menyatakan empat rang undang-undang baharu akan dibentangkan di Parlimen tahun ini. Topic Berkaitan #RUU Perlembagaan 2026 #Pengasingan Kuasa Peguam Negara Pendakwa Raya #had tempoh Perdana Menteri #Azalina Othman Said #anwar ibrahim Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Nahas jalan raya di timur laut Mesir ragut 18 nyawa, tiga cedera few seconds ago Malaysia Anwar mahu RUU had tempoh Perdana Menteri diluluskan segera di Parlimen 11 minutes ago Politik 'Permohonan ahli Bersatu kembali kepada UMNO diputuskan MKT' – Ahmad Maslan 23 minutes ago Malaysia Satu bukti pun tidak ada tetapi beriya-iya dijaja jadi bahan berita – Rafizi 40 minutes ago Malaysia Banjir Sabah semakin buruk, sekolah hampir tenggelam 52 minutes ago Malaysia Microsleep sumbang 20 peratus kemalangan jalan raya – MIROS 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
RUU pisah peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, had tempoh jawatan PM dibentang Isnin ini
