80,000 rakyat Palestin tunai solat Jumaat pertama Ramadan di Masjid Al-Aqsa | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Mahkamah Agung AS putuskan tarif "timbal balik" Trump tidak berperlembagaan Dunia Hampir 2 juta rakyat berpendidikan tinggi di Jerman berisiko miskin Dunia Dua maut kapal kargo rempuh bot memancing di perairan tengah Jepun Advertisement Dunia 80,000 rakyat Palestin tunai solat Jumaat pertama Ramadan di Masjid Al-Aqsa Bernama 20/02/2026 | 22:24 MYT Polis Israel ditempatkan secara beramai-ramai di sekitar pekarangan masjid dan di seluruh Kota Lama Baitulmuqaddis serta lorong-lorongnya sebelum waktu solat. – Reuters BAITULMUQADDIS/ISTANBUL: Kira-kira 80,000 rakyat Palestin menunaikan solat Jumaat pertama bulan suci Ramadan di Masjid Al-Aqsa di Timur Baitulmuqaddis yang diduduki, termasuk hanya 10,000 jemaah dari Tebing Barat susulan sekatan ketat Israel, menurut pihak berkuasa tempatan.Jabatan Wakaf Islam di Baitulmuqaddis dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan seramai 80,000 jemaah menunaikan solat Jumaat pertama Ramadan di Masjid Al-Aqsa, lapor Anadolu Ajansi.Advertisement Polis Israel ditempatkan secara beramai-ramai di sekitar pekarangan masjid dan di seluruh Kota Lama Baitulmuqaddis serta lorong-lorongnya sebelum waktu solat.Pihak polis berkata seramai 3,000 anggota telah dikerahkan ke seluruh Timur Baitulmuqaddis pada Jumaat. Langkah itu seiring dengan sekatan Israel terhadap rakyat Palestin yang dalam perjalanan dari Tebing Barat yang diduduki ke bandar itu.Saksi memberitahu Anadolu bahawa tentera Israel menyekat beribu-ribu jemaah di pusat pemeriksaan di sekitar Timur Baitulmuqaddis, sekali gus menghalang mereka daripada sampai ke masjid.Pejabat Gabenor Baitulmuqaddis Palestin berkata beribu-ribu penduduk Tebing Barat bersesak di pusat pemeriksaan Qalandia, namun pihak berkuasa Israel menafikan kemasukan mereka dengan mendakwa bahawa “kuota 10,000 orang untuk hari Jumaat telah dipenuhi.”Saluran 12 Israel melaporkan bahawa kepimpinan politik Israel meluluskan rancangan pada Rabu lepas yang membenarkan sehingga 10,000 jemaah Palestin dari Tebing Barat memasuki Al-Aqsa untuk solat Jumaat sepanjang Ramadan.Di bawah rancangan itu, rakyat Palestin dari Tebing Barat mesti mendapatkan permit harian khas terlebih dahulu bagi setiap waktu solat.Akses dari Tebing Barat dihadkan kepada lelaki berumur 55 tahun ke atas, wanita berumur 50 tahun ke atas, dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang ditemani oleh saudara terdekat, menurut Saluran 12.Tentera Israel berkata semua permit memerlukan “kelulusan keselamatan terlebih dahulu” dan jemaah mesti melengkapkan prosedur pengesahan digital di lintasan sempadan apabila kembali ke Tebing Barat.– BERNAMA-ANADOLU Topic Berkaitan #Masjid Al-Aqsa #palestin #Ramadan #Solat Jumaat #tentera Israel Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Mahkamah Agung AS putuskan tarif "timbal balik" Trump tidak berperlembagaan 2 minutes ago Dunia Hampir 2 juta rakyat berpendidikan tinggi di Jerman berisiko miskin 12 minutes ago Dunia Dua maut kapal kargo rempuh bot memancing di perairan tengah Jepun 32 minutes ago Malaysia Gangguan air Simpang Renggam, Benut tiada kaitan pusat data – Onn Hafiz 48 minutes ago Malaysia Tibi: Melaka tingkat pengawasan 54 minutes ago Dunia Program Makanan Sedunia beri amaran Somalia di ambang krisis kelaparan semakin buruk 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
80,000 rakyat Palestin tunai solat Jumaat pertama Ramadan di Masjid Al-Aqsa
