Masjidil Haram terima kunjungan jemaah pada Jumaat pertama Ramadan

Masjidil Haram terima kunjungan jemaah pada Jumaat pertama Ramadan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Mahkamah Agung AS putuskan tarif "timbal balik" Trump tidak berperlembagaan Dunia Hampir 2 juta rakyat berpendidikan tinggi di Jerman berisiko miskin Dunia Dua maut kapal kargo rempuh bot memancing di perairan tengah Jepun Advertisement Dunia Masjidil Haram terima kunjungan jemaah pada Jumaat pertama Ramadan Bernama 20/02/2026 | 23:49 MYT Bagi menampung kehadiran orang ramai, langkah organisasi yang komprehensif telah dilaksanakan. – AP MAKKAH: Masjidil Haram di Makkah menyaksikan kehadiran luar biasa jemaah pada solat Jumaat pertama Ramadan, dengan umat Islam dari seluruh dunia memenuhi koridor dan pekarangan masjid sejak awal pagi, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).Bagi menampung kehadiran orang ramai, langkah organisasi yang komprehensif telah dilaksanakan, memberi tumpuan kepada pengurusan aliran jemaah yang lancar, sanitasi, serta perkhidmatan bimbingan.Advertisement Usaha di lapangan itu memastikan pergerakan jemaah berjalan lancar, sekali gus membolehkan mereka menunaikan ibadah dengan mudah dan selesa.Perhimpunan kerohanian itu mengukuhkan lagi peranan Masjidil Haram sebagai pusat penyatuan dunia Islam dan menonjolkan komitmen berterusan Arab Saudi dalam menyediakan pengalaman yang luar biasa dan memberikan ketenangan kepada pengunjung di Makkah.Sementara itu, Imam Masjidil Haram Sheikh Abdullah Al-Juhani dalam khutbah Jumaatnya mengingatkan jemaah bahawa kehidupan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat semasa Ramadan dicirikan dengan ibadah yang aktif dan amal kebajikan.Beliau menekankan bahawa matlamat murni berpuasa adalah untuk mencapai ketakwaan dan memelihara peribadi daripada perbuatan yang dilarang.Sheikh Al-Juhani turut menggesa umat Islam untuk mematuhi adab kenabian, dengan menekankan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur.Beliau mengakhiri khutbah dengan menyeru umat Islam untuk merebut peluang pada musim yang penuh barakah ini melalui ibadah yang tekun dan amal soleh, sambil menyatakan bahawa Ramadan adalah tempoh istimewa apabila doa dimakbulkan dan rahmat ilahi melimpah-ruah.– BERNAMA-SPA Topic Berkaitan #Makkah #Masjidil Haram # Imam Sheikh Abdullah Al-Juhani #Ramadan #pengurusan jemaah Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Mahkamah Agung AS putuskan tarif "timbal balik" Trump tidak berperlembagaan 3 minutes ago Dunia Hampir 2 juta rakyat berpendidikan tinggi di Jerman berisiko miskin 12 minutes ago Dunia Dua maut kapal kargo rempuh bot memancing di perairan tengah Jepun 33 minutes ago Malaysia Gangguan air Simpang Renggam, Benut tiada kaitan pusat data – Onn Hafiz 48 minutes ago Malaysia Tibi: Melaka tingkat pengawasan 54 minutes ago Dunia Program Makanan Sedunia beri amaran Somalia di ambang krisis kelaparan semakin buruk 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *