Kongres khas DAP satu proses dalaman parti – Fahmi | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Esok penentu siapa Pengerusi PN baharu Politik Hamzah masih Ketua Pembangkang? Sidang Parlimen Isnin bakal curi tumpuan Malaysia Polis buru tiga suspek tipu, pukau pesara kerajaan Advertisement Politik Kongres khas DAP satu proses dalaman parti – Fahmi Bernama 21/02/2026 | 16:18 MYT Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil (tengah) pada sidang media selepas merasmikan Program Penyatuan Seni dan Budaya di KL Gateway Mall, di sini hari ini. – Foto Bernama KUALA LUMPUR: Kongres khas DAP pada 12 Julai depan adalah sebahagian daripada proses dalaman parti itu untuk memastikan ketetapan organisasi dipatuhi, kata jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, berkata DAP telah memaklumkan lebih awal tentang penganjuran kongres berkenaan.Advertisement “Ini adalah proses dalaman bagi DAP untuk pastikan keputusan yang dicapai dituruti dalam parti mereka. Jadi, itu adalah proses bagi DAP dalam membuat keputusan,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Penyatuan Seni dan Budaya di KL Gateway Mall di sini hari ini.Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata kongres itu akan memberi ruang kepada perwakilan menentukan sama ada pemegang jawatan parti perlu melepaskan semua jawatan dalam kerajaan.Loke turut memaklumkan bahawa 40 Ahli Parlimen parti itu akan terus menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal.Sementara itu, Fahmi berkata fokus utama kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini adalah memperkukuh ekonomi negara dan mempertingkat reformasi institusi.Ia termasuk usaha menggubal Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta RUU mengenai Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri yang dijadual dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Isnin ini.”Hasrat kita adalah untuk pastikan Malaysia berada di kedudukan yang terbaik pada tahun ini, insya-Allah.”Jadi, saya percaya usaha Kerajaan MADANI ini berada di landasan yang tepat dan semua parti komponen memahami usaha dan ikhtiar, termasuk rakan-rakan daripada DAP,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #Kongres khas DAP #Fahmi Fadzil #ANTHONY LOKE #Kerajaan Madani Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Politik Esok penentu siapa Pengerusi PN baharu few seconds ago Politik Hamzah masih Ketua Pembangkang? Sidang Parlimen Isnin bakal curi tumpuan 4 minutes ago Malaysia Polis buru tiga suspek tipu, pukau pesara kerajaan 20 minutes ago Malaysia Banjir Sabah: Warga emas, pesakit dan wanita hamil antara diselamatkan 42 minutes ago Malaysia Kematian Truper Indiran: Tiada unsur penderaan, jangan politikkan isu – Mohamed Khaled 42 minutes ago Dunia Dua lagi pemain ski maut dalam insiden berasingan di Tasik Tahoe 55 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Kongres khas DAP satu proses dalaman parti – Fahmi
