Hamzah masih Ketua Pembangkang? Sidang Parlimen Isnin bakal curi tumpuan

Hamzah masih Ketua Pembangkang? Sidang Parlimen Isnin bakal curi tumpuan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Esok penentu siapa Pengerusi PN baharu Politik Hamzah masih Ketua Pembangkang? Sidang Parlimen Isnin bakal curi tumpuan Malaysia Polis buru tiga suspek tipu, pukau pesara kerajaan Advertisement Politik Hamzah masih Ketua Pembangkang? Sidang Parlimen Isnin bakal curi tumpuan Umavathi Ramayah 21/02/2026 | 17:10 MYT Prof Sivamurugan berkata, setakat ini tiada gerakan jelas atau konsensus dalam kalangan blok pembangkang untuk menggantikan Hamzah. – Gambar fail KUALA LUMPUR: Parlimen dijangka kembali bersidang Isnin ini dengan persoalan mengenai kedudukan Ketua Pembangkang berkemungkinan menjadi antara tumpuan utama.Bagaimanapun, kedudukan Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang dipecat dari parti Bersatu, sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat ketika ini dilihat masih kekal dan belum menunjukkan sebarang usaha rasmi untuk menyingkir beliau, meskipun spekulasi mengenainya terus diperkatakan.Advertisement Penganalisis Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Sivamurugan Pandian berkata, setakat ini tiada gerakan jelas atau konsensus dalam kalangan blok pembangkang untuk menggantikan Hamzah. “Tiada ‘move’ untuk menyingkir atau menggantikan beliau secara rasmi,” katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Sabtu.Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata, meskipun perkara itu belum pernah berlaku dalam sejarah, Ahli Parlimen Bebas juga berpotensi dilantik sebagai Ketua Pembangkang, asalkan memperoleh sokongan majoriti dalam kalangan blok berkenaan tanpa mengira keanggotaan parti.”Kedudukan itu hanya berubah sekiranya Perikatan Nasional mencapai kata sepakat untuk menukar kepimpinan,” jelasnya.Ahli Parlimen Larut itu pada sidang media selepas Taklimat Hala Tuju dan Reset Politik, baru-baru ini memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang rayuan kepada Lembaga Disiplin berhubung pemecatannya sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Menurutnya,  beliau kini merupakan Ahli Parlimen Bebas yang menerima sokongan majoriti Ahli Parlimen Perikatan Nasional, iaitu 19 daripada 25 Ahli Parlimen Bersatu.Malah, Hamzah turut berteka-teki mengenai hala tuju politiknya dengan menyatakan beliau akan mempunyai ‘rumah baharu’, sama ada dalam bentuk penubuhan parti baharu atau kembali ke parti lama. Topic Berkaitan #Hamzah Zainuddin #Bersatu #Ketua Pembangkang #Parlimen Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Politik Esok penentu siapa Pengerusi PN baharu few seconds ago Politik Hamzah masih Ketua Pembangkang? Sidang Parlimen Isnin bakal curi tumpuan 4 minutes ago Malaysia Polis buru tiga suspek tipu, pukau pesara kerajaan 20 minutes ago Malaysia Banjir Sabah: Warga emas, pesakit dan wanita hamil antara diselamatkan 42 minutes ago Malaysia Kematian Truper Indiran: Tiada unsur penderaan, jangan politikkan isu – Mohamed Khaled 42 minutes ago Dunia Dua lagi pemain ski maut dalam insiden berasingan di Tasik Tahoe 55 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *