Banjir Sabah: Warga emas, pesakit dan wanita hamil antara diselamatkan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Esok penentu siapa Pengerusi PN baharu Politik Hamzah masih Ketua Pembangkang? Sidang Parlimen Isnin bakal curi tumpuan Malaysia Polis buru tiga suspek tipu, pukau pesara kerajaan Advertisement Malaysia Banjir Sabah: Warga emas, pesakit dan wanita hamil antara diselamatkan Sinar Harian 21/02/2026 | 16:32 MYT Zulfikar (gambar kecil) mendapatkan bantuan pasukan penyelamat untuk membawa bapanya keluar dari kampung ke hospital. -Foto Sinar Harian PITAS: Warga emas, pesakit buah pinggang serta wanita sarat hamil antara mangsa banjir yang diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di beberapa kampung di daerah ini untuk dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Pitas.Tinjauan Sinar Harian sepanjang operasi dijalankan mendapati kebanyakan jalan penghubung ke kampung-kampung terjejas ditenggelami air sedalam hampir satu meter, sekali gus menyukarkan pergerakan penduduk.Advertisement Keadaan itu menyebabkan mereka yang mempunyai masalah kesihatan sukar mendapatkan rawatan dan terpaksa memohon bantuan pasukan bomba untuk keluar dari kawasan terjejas.Anggota bomba terpaksa meredah laluan yang ditenggelami banjir bagi memastikan penduduk yang memerlukan rawatan segera dihantar ke hospital.Menurut penduduk Kampung Kusilad, Zulfikar Hikar, 37, bapanya yang berusia 73 tahun mengalami demam serta sakit pada bahagian kaki sehingga menyukarkannya berjalan.“Air banjir sudah mencecah lantai rumah menyebabkan kami terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).“Namun keadaan bapa kurang sihat dan kedua-dua lututnya sakit, jadi saya mendapatkan bantuan pasukan penyelamat untuk membawanya keluar dari kampung ke hospital.“Kami meredah banjir dengan menaiki bot sebelum dipindahkan ke lori bomba untuk dihantar ke hospital,” katanya.Selain itu, lori berkenaan turut ke PPS Kabatasan Laut dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Rokum Ulu bagi membawa pesakit buah pinggang yang perlu menjalani rawatan dialisis serta seorang wanita hamil yang menunggu waktu untuk bersalin ke hospital. -Sinar Harian Topic Berkaitan #warga emas #pesakit buah pinggang #wanita hamil #mangsa banjir #JBPM #Pitas #BANJIR SABAH Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Politik Esok penentu siapa Pengerusi PN baharu few seconds ago Politik Hamzah masih Ketua Pembangkang? Sidang Parlimen Isnin bakal curi tumpuan 4 minutes ago Malaysia Polis buru tiga suspek tipu, pukau pesara kerajaan 20 minutes ago Malaysia Banjir Sabah: Warga emas, pesakit dan wanita hamil antara diselamatkan 42 minutes ago Malaysia Kematian Truper Indiran: Tiada unsur penderaan, jangan politikkan isu – Mohamed Khaled 42 minutes ago Dunia Dua lagi pemain ski maut dalam insiden berasingan di Tasik Tahoe 55 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Banjir Sabah: Warga emas, pesakit dan wanita hamil antara diselamatkan
