Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir dukacita atas pemergian K.Indiran | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Ribut pasir jejaskan kualiti udara di Beijing Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Bazar Ramadan 'acara tahunan' dinanti-nantikan rakyat Malaysia Advertisement Malaysia Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir dukacita atas pemergian K.Indiran Bernama 21/02/2026 | 22:44 MYT Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan dukacita serta simpati atas pemergian anggota tentera Truper K.Indiran yang meninggal dunia pada Khamis lepas. KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan dukacita serta simpati atas pemergian anggota tentera Truper K.Indiran yang meninggal dunia pada Khamis lepas. Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang dan berharap agar mereka tabah serta sabar menghadapi ujian yang amat berat itu.Advertisement Baginda berdua juga berharap keluarga mendiang terus cekal dan bersatu hati, serta menyerahkan segala urusan kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut. “Paduka Baginda berdua menegaskan bahawa pengorbanan anggota keselamatan negara sentiasa dihargai dan dikenang,” menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang. Sultan Pahang dan Tengku Ampuan turut menzahirkan penghargaan atas khidmat bakti mendiang kepada negara serta berharap keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketenangan dan dipermudah segala urusan dalam menghadapi saat yang sukar ini. Indiran, 22, yang sedang mengikuti kursus kru Armor di Kem Batu 10 di sini ditemukan tidak sedarkan diri pada 18 Feb sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan disahkan meninggal dunia sehari kemudian ketika menerima rawatan. Mendiang yang juga anak sulung daripada empat beradik itu telah dikebumikan di Tanah Perkuburan India Batu Lanchang, Pulau Pinang hari ini, bersebelahan pusara bapanya juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar C. Kayamboo yang maut dalam nahas pesawat Beechcraft B200T pada 2016. — BERNAMA Topic Berkaitan #Sultan Pahang #zahir dukacita #pemergian anggota tentera #Truper K Indiran Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Ribut pasir jejaskan kualiti udara di Beijing 2 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 5 hours ago Malaysia Bazar Ramadan 'acara tahunan' dinanti-nantikan rakyat Malaysia 5 hours ago Politik Krisis Bersatu: Bahagian Raub, Lipis bubar hari ini 5 hours ago Malaysia Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir dukacita atas pemergian K.Indiran 6 hours ago Politik Bersatu rombak bahagian dan sayap, pasukan khas ambil alih proses penyusunan semula 6 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir dukacita atas pemergian K.Indiran
