Krisis Bersatu: Bahagian Raub, Lipis bubar hari ini

Krisis Bersatu: Bahagian Raub, Lipis bubar hari ini | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Ribut pasir jejaskan kualiti udara di Beijing Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Bazar Ramadan 'acara tahunan' dinanti-nantikan rakyat Malaysia Advertisement Politik Krisis Bersatu: Bahagian Raub, Lipis bubar hari ini Bernama 21/02/2026 | 23:30 MYT Bersatu Bahagian Raub dan Lipis mengumumkan pembubaran jawatankuasa bahagian masing-masing berkuat kuasa hari ini. KUANTAN: Bersatu Bahagian Raub dan Lipis mengumumkan pembubaran jawatankuasa bahagian masing-masing berkuat kuasa hari ini.Ketua Bersatu Raub Datuk Fakrunizam Ibrahim mendakwa keputusan itu dibuat selepas hilang kepercayaan dan hormat kepada kepimpinan parti berkenaan. Advertisement “Justeru secara rasmi keseluruhan jawatankuasa Bersatu Bahagian Raub terbubar hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama. Turut mengambil langkah sama ialah Bersatu Bahagian Lipis yang diketuai Nor Alias Ibrahim yang memaklumkan keputusan itu dicapai setelah mesyuarat khas bahagian dan cawangan sebulat suara memutuskan meletakkan jawatan kerana kecewa dengan kepimpinan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.“Kemelut yang berlaku berlarutan hampir setahun amat mengecewakan. Kami lihat presiden tidak berjaya kawal kemelut yang berlaku dan tidak berbuat apa-apa untuk pulihkan keadaan,” katanya. Sebelum ini, Bersatu memecat 17 ahlinya termasuk beberapa pemimpin tertinggi merangkumi empat Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerana melanggar perlembagaan parti namun mereka masih berhak mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari.Selain itu, 22 Bahagian Bersatu di seluruh negara dilaporkan telah dibubarkan susulan krisis kepimpinan parti itu.Sementara itu, Muhyiddin dalam kenyataan memaklumkan parti itu sedang dalam proses menyusun semula bahagian dan sayap yang terlibat dengan tindakan peletakan jawatan ketua dan ahli jawatankuasanya.Beliau berkata satu pasukan petugas khas yang dipengerusikan bersama dua naib presiden, iaitu Datuk Dr Radzi Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah ditubuhkan bagi melaksanakan proses berkenaan manakala Setiausaha Agung Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai sekretariat pasukan itu.Dalam pada itu, Muhyiddin berkata beliau akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) esok, yang antara lain akan memutuskan mengenai pelantikan pengerusi PN yang baharu.– BERNAMA  Topic Berkaitan #Krisis Bersatu #Bahagian Raub #Bahagian Lipis #bubar Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Ribut pasir jejaskan kualiti udara di Beijing 3 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 5 hours ago Malaysia Bazar Ramadan 'acara tahunan' dinanti-nantikan rakyat Malaysia 5 hours ago Politik Krisis Bersatu: Bahagian Raub, Lipis bubar hari ini 5 hours ago Malaysia Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir dukacita atas pemergian K.Indiran 6 hours ago Politik Bersatu rombak bahagian dan sayap, pasukan khas ambil alih proses penyusunan semula 6 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *