Ribut pasir jejaskan kualiti udara di Beijing

Ribut pasir jejaskan kualiti udara di Beijing | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Eric Dane titip pesanan terakhir buat anak gadisnya dalam dokumentari Netflix Dunia Puluhan jet pejuang AS dikesan di pangkalan Jordan di tengah-tengah ketegangan AS-Iran Malaysia Bawa bekas makanan, beg guna semula ke bazar Ramadan – Exco Perak Advertisement Dunia Ribut pasir jejaskan kualiti udara di Beijing Bernama 22/02/2026 | 05:15 MYT Bandar raya Beijing dilanda angin kencang dan ribut pasir sejak petang Sabtu, sehingga menyebabkan pencemaran udara. – Foto X/China in Pictures BEIJING: Bandar raya Beijing dilanda angin kencang dan ribut pasir sejak petang Sabtu, sehingga menyebabkan pencemaran udara, lapor Xinhua.Menurut pihak berkuasa meteorologi bandar itu, tahap kepekatan PM10 melonjak dengan purata bacaan mencecah tahap pencemaran ringan iaitu 175 mikrogram setiap meter padu menjelang 2 petang Sabtu.Advertisement Kemuncak pencemaran dijangka melebihi 500 mikrogram setiap meter padu lewat Sabtu, sekali gus mencecah tahap pencemaran yang serius.Pihak berkuasa telah menutup sementara beberapa kawasan pelancongan luar dan menangguhkan sebahagian aktiviti Tahun Baharu Cina dari petang Sabtu hingga pagi Ahad susulan amaran kuning bagi angin kencang dan amaran biru bagi ribut pasir yang kini berkuat kuasa.Warga China sedang menikmati cuti selama sembilan hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina.Angin kencang dijangka semakin melemah di Beijing pada Isnin, yang merupakan hari terakhir cuti umum itu, menurut ramalan kaji cuaca.Pentadbiran Meteorologi China pada Jumaat memaklumkan bahawa beberapa wilayah di utara dijangka mengalami angin kencang dan ribut pasir dari Jumaat hingga Ahad, dengan respons kecemasan Tahap 4 bagi bencana meteorologi utama telah diaktifkan.Susulan fenomena angin kencang itu, perkhidmatan feri penumpang bagi laluan wilayah antara Liaoning dan Shandong digantung mulai 12.50 tengah hari Sabtu. Perkhidmatan dijangka disambung semula secara berperingkat pada Ahad, menurut pihak berkuasa maritim tempatan.China mengamalkan sistem amaran cuaca empat peringkat dengan warna merah mewakili amaran paling serius, diikuti jingga, kuning, dan biru. Sistem respons kecemasan juga mempunyai empat peringkat dengan Tahap 1 sebagai yang paling serius.– BERNAMA-XINHUA  Topic Berkaitan #Beijing #Pencemaran udara #ribut pasir #angin kencang Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Eric Dane titip pesanan terakhir buat anak gadisnya dalam dokumentari Netflix 1 minute ago Dunia Puluhan jet pejuang AS dikesan di pangkalan Jordan di tengah-tengah ketegangan AS-Iran 16 minutes ago Malaysia Bawa bekas makanan, beg guna semula ke bazar Ramadan – Exco Perak 31 minutes ago Malaysia Pendidikan kunci tangani kegusaran sosial, jenayah keluarga – Amirudin 46 minutes ago Dunia Ribut pasir jejaskan kualiti udara di Beijing 1 hour ago Malaysia Bazar Ramadan 'acara tahunan' dinanti-nantikan rakyat Malaysia 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *