Jepun keluarkan amaran perjalanan bagi lebih 50 negara susulan ketegangan di Asia Barat | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Eric Dane titip pesanan terakhir buat anak gadisnya dalam dokumentari Netflix Dunia Puluhan jet pejuang AS dikesan di pangkalan Jordan di tengah-tengah ketegangan AS-Iran Malaysia Bawa bekas makanan, beg guna semula ke bazar Ramadan – Exco Perak Advertisement Dunia Jepun keluarkan amaran perjalanan bagi lebih 50 negara susulan ketegangan di Asia Barat Bernama 21/02/2026 | 20:59 MYT Kementerian Luar Jepun dalam satu kenyataan memberi amaran mengenai kemungkinan berlaku perubahan mendadak di Asia Barat dan menggesa peningkatan kewaspadaan di lebih 50 negara serta wilayah. – Gambar fail/hiasan TOKYO: Kementerian Luar Jepun dalam satu kenyataan memberi amaran mengenai kemungkinan berlaku perubahan mendadak di Asia Barat dan menggesa peningkatan kewaspadaan di lebih 50 negara serta wilayah, lapor Sputnik/RIA Novosti.Amaran itu merangkumi rantau Asia Barat sendiri, Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Eropah.Advertisement “Terdapat kemungkinan berlaku perubahan drastik dalam situasi di Asia Barat. Malah di luar wilayah itu, termasuk di Amerika Syarikat, insiden tidak dijangka berkaitan situasi berkenaan tidak boleh diketepikan,” menurut dokumen itu.Kementerian itu turut memberi amaran bahawa ketegangan lanjut boleh menyebabkan penutupan ruang udara dan lapangan terbang, sekali gus mengakibatkan pembatalan serta kelewatan penerbangan.Rakyat Jepun digesa untuk memantau perkembangan terkini daripada pelbagai sumber, mengelak kemudahan tentera AS, dan mengambil langkah keselamatan peribadi.Nasihat perjalanan itu terpakai kepada Afghanistan, Emiriah Arab Bersatu, Yaman, Israel, Palestin, Iraq, Mesir, Oman, Qatar, Kuwait, Arab Saudi, Syria, Turkiye, Bahrain, Jordan, Lubnan, serta Amerika Syarikat, Kanada, dan beberapa negara Eropah termasuk United Kingdom, Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol, Belanda, Belgium, Poland dan Romania.Pada 4 Feb, Presiden AS Donald Trump berkata Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei “sepatutnya berasa sangat bimbang” dan mengancam untuk mengambil tindakan “sangat tidak baik” terhadap Iran jika negara itu memutuskan untuk menyambung semula program nuklearnya di kemudahan baharu.Pada Januari pula, Trump menyatakan “armada besar” sedang menuju ke arah Iran, sambil menyatakan harapan agar Tehran bersetuju untuk berunding dan menandatangani perjanjian yang “adil dan saksama” melibatkan pengguguran sepenuhnya senjata nuklear.Presiden itu memberi amaran bahawa jika tiada persetujuan mengenai program nuklear Iran dicapai, sebarang serangan AS pada masa hadapan ke atas negara itu akan menjadi “jauh lebih buruk” daripada serangan sebelum ini.– BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI Topic Berkaitan #Jepun #amaran perjalanan #Asia Barat #Amerika Syarikat Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Eric Dane titip pesanan terakhir buat anak gadisnya dalam dokumentari Netflix 1 minute ago Dunia Puluhan jet pejuang AS dikesan di pangkalan Jordan di tengah-tengah ketegangan AS-Iran 16 minutes ago Malaysia Bawa bekas makanan, beg guna semula ke bazar Ramadan – Exco Perak 31 minutes ago Malaysia Pendidikan kunci tangani kegusaran sosial, jenayah keluarga – Amirudin 46 minutes ago Dunia Ribut pasir jejaskan kualiti udara di Beijing 1 hour ago Malaysia Bazar Ramadan 'acara tahunan' dinanti-nantikan rakyat Malaysia 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Jepun keluarkan amaran perjalanan bagi lebih 50 negara susulan ketegangan di Asia Barat
