Banjir Sabah: Kerajaan teliti projek tebatan banjir di kawasan kerap terjejas | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Berita Pencemaran bau Sungai Kabul: Dua kertas siasatan dibuka – Amirudin Malaysia Banjir Sabah: Kerajaan teliti projek tebatan banjir di kawasan kerap terjejas Malaysia Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang Advertisement Malaysia Banjir Sabah: Kerajaan teliti projek tebatan banjir di kawasan kerap terjejas Bernama 22/02/2026 | 17:45 MYT Mustapha hadir merasmikan Program Ukhuwah MADANI di sini hari ini. – Foto Bernama KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan akan meneliti pelaksanaan projek tebatan banjir di kawasan yang sering terjejas banjir di Sabah sebagai langkah jangka panjang menangani bencana itu yang semakin kerap berlaku akibat perubahan cuaca dan pemanasan global.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata fenomena cuaca ekstrem yang berlaku bukan sahaja di Sabah malah di seluruh dunia menuntut pendekatan lebih menyeluruh termasuk meneliti pembinaan infrastruktur tebatan banjir.Advertisement “Sebenarnya ini isu pemanasan global, isu alam sekitar. Memang sekarang ini dengan peningkatan suhu dunia dan perubahan cuaca menyebabkan banjir semakin kerap.”Jadi di pihak kerajaan kita akan meneliti, yang pertama tentang projek tebatan banjir. Ini yang kita boleh laksanakan. Projek tebatan banjir dan di tempat yang terjejas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Ukhuwah MADANI di sini hari ini.Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata pada masa sama kerajaan terus memantau rapat situasi banjir semasa dengan menggerakkan semua agensi berkaitan bagi memastikan kebajikan mangsa terjamin.”Pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga kita gerakkan untuk pergi ke setiap PPS dan melihat keperluan serta kebajikan mangsa banjir.”Saya akan membantu dari segi mempercepatkan, pergerakan agensi berkaitan ke lokasi banjir dan yang sumbangan yang akan diberikan kepada yang mendaftar di pusat penempatan sementara di semua tempat,” katanya.Mustapha berkata kerajaan turut memberi perhatian kepada pemantapan sistem penyaluran maklumat dan amaran awal cuaca agar penduduk di kawasan berisiko dapat membuat persediaan lebih awal.Setakat 12 tengah hari tadi, jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang daripada 1,401 keluarga berbanding 5,141 orang daripada 2,160 keluarga pada 8 pagi tadi.Bencana banjir di daerah Kota Marudu diisytiharkan pulih sepenuhnya pada 11 pagi ini susulan keadaan cuaca yang bertambah baik dan paras air yang telah surut, namun daerah Pitas, Paitan dan Tawau masih terjejas.Program Ukhuwah MADANI yang dirasmikan beliau merupakan inisiatif program kemasyarakatan selama dua hari bermula semalam yang melibatkan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Sepanggar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dalam mengagihkan 10,000 pek bubur lambuk kepada komuniti setempat.– BERNAMA Topic Berkaitan #BANJIR SABAH #projek tebatan banjir #mustapha sakmud Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Berita Pencemaran bau Sungai Kabul: Dua kertas siasatan dibuka – Amirudin few seconds ago Malaysia Banjir Sabah: Kerajaan teliti projek tebatan banjir di kawasan kerap terjejas 21 minutes ago Malaysia Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang 49 minutes ago Dunia Seoul bantah 'Hari Takeshima', gesa Jepun henti tuntutan ke atas Dokdo 51 minutes ago Malaysia Kelab peminat P. Ramlee akur pandangan umum, tarik balik cadangan tukar nama ASWARA 1 hour ago Hiburan Vokalis Carburetor Dung, Shahlan meninggal dunia 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Banjir Sabah: Kerajaan teliti projek tebatan banjir di kawasan kerap terjejas
