Vokalis Carburetor Dung, Shahlan meninggal dunia | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Berita Pencemaran bau Sungai Kabul: Dua kertas siasatan dibuka – Amirudin Malaysia Banjir Sabah: Kerajaan teliti projek tebatan banjir di kawasan kerap terjejas Malaysia Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang Advertisement Hiburan Vokalis Carburetor Dung, Shahlan meninggal dunia Sinar Harian 22/02/2026 | 16:41 MYT Arwah Shahlan selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Gemencheh Lama, selepas solat Zuhur, semalam. -Foto Sinar Harian GEMENCHEH: Vokalis Carburetor Dung, Shahlan Abdullah, 57, meninggal dunia akibat serangan jantung di Gemencheh, Jumaat lalu.Arwah yang merupakan penyanyi asal kumpulan muzik genre Punk Rock itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.30 malam di Klinik Kesihatan Gemencheh.Advertisement Isteri arwah, Norzatulcima Jamaluddin, 53, berkata, suami dan anaknya pulang berbuka di rumah ibunya di Gemencheh Lama, sebelum mengadu mengalami sakit perut.“Kami sekeluarga sempat berbuka bersama arwah dan beliau tidak menunjukkan tanda-tanda sakit. Selepas berbuka arwah mahu ke masjid untuk menunaikan solat Tarawih tapi berpatah balik kerana mengalami sakit perut.“Ketika di rumah arwah jatuh pengsan dan segera dibawa menaiki ambulans ke klinik namun doktor mengesahkan arwah telah meninggal dunia,” katanya.Menurutnya, jenazah telah dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan laporan menunjukkan arwah mengalami serangan jantung.“Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah kerana arwah pergi di hari yang baik dan bulan yang baik. Alhamdulillah arwah pergi pun dalam keadaan tenang,” katanya di sini hari ini.Norzatulcima berkata, jenazah suaminya telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Gemencheh Lama, selepas solat Zuhur, semalam.Arwah merupakan vokalis kumpulan muzik yang berpengaruh besar membawa muzik underground di tanah air pada 1990-an.Album pertama arwah ‘Songs For Friends’ pernah mendapat sambutan hebat para peminat pada tahun 1993 melalui lagu Boo Hoo Clapping Song.Malah filem Dari Jemapoh ke Manchester yang bertemakan ‘road movie’ pada tahun 1998 turut menggunakan lagu Carburetor Dung.Arwah yang berasal dari Kuala Terengganu itu meninggalkan seorang isteri dan seorang anak lelaki, Muhammad Fudail Aisyraaf, 27. -Sinar Harian Topic Berkaitan #Carburetor Dung #Shahlan Abdullah #punk rock Malaysia #muzik underground #serangan jantung #Hospital Tampin #Songs For Friends Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Berita Pencemaran bau Sungai Kabul: Dua kertas siasatan dibuka – Amirudin few seconds ago Malaysia Banjir Sabah: Kerajaan teliti projek tebatan banjir di kawasan kerap terjejas 21 minutes ago Malaysia Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang 49 minutes ago Dunia Seoul bantah 'Hari Takeshima', gesa Jepun henti tuntutan ke atas Dokdo 51 minutes ago Malaysia Kelab peminat P. Ramlee akur pandangan umum, tarik balik cadangan tukar nama ASWARA 1 hour ago Hiburan Vokalis Carburetor Dung, Shahlan meninggal dunia 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Vokalis Carburetor Dung, Shahlan meninggal dunia
