Ketua kartel dadah paling dikehendaki Mexico, ‘El Mencho’, maut dalam operasi ketenteraan

Ketua kartel dadah paling dikehendaki Mexico, ‘El Mencho’, maut dalam operasi ketenteraan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Ribut musim sejuk landa timur laut AS, NYC umum larangan perjalanan Malaysia Tabung Masjid Seksyen 7 Shah Alam dicuri, polis buru empat suspek Dunia Rangka St Francis of Assisi dipamer kepada umum sempena ulang tahun ke-800 Advertisement Dunia Ketua kartel dadah paling dikehendaki Mexico, ‘El Mencho’, maut dalam operasi ketenteraan Astro AWANI 23/02/2026 | 06:15 MYT Sebelum ini, AS menawarkan ganjaran AS$15 juta bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan El Mencho, menjadikannya antara buruan paling bernilai dalam sejarah negara itu. – Foto REUTERS MEXICO CITY: Mexico mengesahkan bahawa individu paling dikehendaki negara itu, Nemesio Oseguera Cervantes, atau lebih dikenali sebagai “El Mencho”, telah terbunuh dalam satu operasi keselamatan yang dilancarkan oleh tentera pada awal pagi Ahad.El Mencho, yang mengetuai Kartel Jalisco Generasi Baharu (CJNG), antara organisasi jenayah paling berkuasa dan ganas di Mexico, maut selepas tercedera parah dalam insiden di Tapalpa, sebuah bandar di negeri Jalisco.Advertisement Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Mexico, operasi berkenaan dijalankan ketika waktu subuh dan melibatkan pertempuran dengan ahli CJNG.Beberapa anggota kartel dilaporkan terbunuh, manakala El Mencho sendiri mengalami kecederaan serius sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam penerbangan ke Mexico City untuk rawatan kecemasan.Pihak tentera turut merampas:beberapa kenderaan perisaipelbagai jenis senjata berattermasuk pelancar roketDalam kejadian sama, tiga anggota tentera turut cedera dan telah dipindahkan ke hospital di Mexico City untuk rawatan lanjut.Sepanjang hari Ahad, keadaan di beberapa kawasan di Jalisco tegang dengan laporan mengenai:kenderaan dibakarkelibat lelaki bersenjata berkeliaransekatan jalan tidak rasmi Image Gabenor Jalisco, Pablo Lemus Navarro, mengeluarkan amaran kod merah, menggesa penduduk untuk tidak keluar rumah buat sementara waktu.Kerajaan Amerika Syarikat melalui Jabatan Negara turut mengeluarkan amaran ‘shelter-in-place’ kepada warga AS di:Negeri JaliscoNegeri TamaulipasKawasan tertentu di Michoacan, Guerrero, dan Nuevo LeonKementerian Pertahanan Mexico turut mengesahkan bahawa AS telah menyalurkan maklumat risikan penting yang membantu kejayaan operasi ini.Sebelum ini, AS menawarkan ganjaran AS$15 juta bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan El Mencho, menjadikannya antara buruan paling bernilai dalam sejarah negara itu.Bekas Duta Amerika Syarikat ke Mexico, Christopher Landau, turut menyatakan di media sosial bahawa kematian El Mencho merupakan “perkembangan besar untuk Mexico, AS, Amerika Latin, dan dunia.”Di bawah pimpinan El Mencho, CJNG berkembang pesat daripada pangkalan asalnya di Jalisco sebelum menjadi salah satu kartel paling berpengaruh, memiliki kehadiran hampir di seluruh Mexico.Kematian El Mencho kini mencetuskan persoalan besar mengenai masa depan CJNG serta kemungkinan berlakunya perebutan kuasa dalaman dalam minggu-minggu mendatang.  Topic Berkaitan #Nemesio Oseguera Cervantes #El Mencho #kartel dadah #terbunuh Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Ribut musim sejuk landa timur laut AS, NYC umum larangan perjalanan 3 minutes ago Malaysia Tabung Masjid Seksyen 7 Shah Alam dicuri, polis buru empat suspek 18 minutes ago Dunia Rangka St Francis of Assisi dipamer kepada umum sempena ulang tahun ke-800 33 minutes ago Dunia 'Tidak, terima kasih’: Greenland, Denmark tolak tawaran kapal hospital Trump 48 minutes ago Dunia Ketua kartel dadah paling dikehendaki Mexico, ‘El Mencho’, maut dalam operasi ketenteraan 1 hour ago Malaysia Gempa bumi 6.8 magnitud di perairan Kota Kinabalu, tiada ancaman tsunami – Met Malaysia 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *